01 August 2023

"BERDOALAH SEMOGA DIBUKA KEMBALI PINTU HIDAYAH..." - NOORKHIRIAH LUAH RASA SEDIH SEMAKIN RAMAI BUKA TUDUNG



"Bukan tugas kakak untuk menilai, kakak pun jahil lagi cuma itulah di zaman media sosial ini semua berlumba nak cantik.. nak jadi macam yang itu, yang ini.
"Sebolehnya hati kena kental adik, kalau tidak kita tak akan bersyukur dengan apa yang ada. Sedih jugak sebenarnya bila makin ramai buka tudung tapi itu adalah pilihan masing-masing."

Demikian tulis pelakon Noorkhiriah menerusi perkongsian di laman Instagram, dimana dia meluahkan rasa sedih dan kecewa dengan tindakan segelintir wanita yang tidak lagi mengenakan tudung.

Sedar yang dia tiada hak untuk menilai, namun terpanggil untuk memberikan pesanan sebagai saudara seagama, Khiriah berkata, dia turut berdoa agar dirinya juga tidak diduga sedemikian serta berharap agar mereka dapat kembali ke jalan yang benar.

Klik untuk gambar besar
"Kakak cuma berdoa dan berharap semoga umur yang tua ini tidak diduga sebegitu. Tak ada apa yang nak 'dikepok-kepok' lagi.

"Cuma pesan kakak bila dah puas 'kepok-kepokkan' cinta dan baju belahan dada, berdoalah semoga dibuka kembali pintu hidayah Allah yang pernah dapat dulu. Sebab tak semua Allah campakkan.

"Maaf andai tulisan kakak mengguris, tapi kakak sebagai saudara seislam itu tanggungjawab kakak supaya bila di tanya Allah nanti sekurang-kurangnya Allah tahu kakak dah berpesan.

"Berpesan-pesanlah pada kebaikkan walaupun kita bukan orang yang baik. Kita masing-masing sedang diuji cuma ujian itu berbeza-beza. Ingatan tulus dari kakak buat semua saudara Islam termasuk diri akak sendiri," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: