Semua sedia maklum mengenai penyanyi Shila Amzah, 33, yang sudah selamat bernikah dengan pasangannya, pempengaruh media sosial iaitu Ubai, 25, pada jam 10.27 pagi semalam.
Dalam majlis yang berlangsung di Boathouse Ampang, di sini, itu menyaksikan Shila dinikahkan oleh bapanya, pelakon dan penyanyi era 1980-an, Datuk ND Lala.
Bagaimanapun, ND Lala atau nama sebenar Amir Amzah Salleh, yang berpakaian baju Melayu putih hadir bagi menjadi wali kepada anak sulungnya itu dilihat tergesa-gesa berjalan keluar selepas selesai majlis akad nikah dan bacaan doa.
Malah, ND Lala dilihat menggunakan pintu belakang bagi mengelak ditemubual pihak media yang sudah bersedia menunggunya.
Klik untuk gambar besar
Difahamkan, tindakan itu dibuat ND Lala selepas dia menjadi perhatian umum berikutan dakwaan kononnya berkahwin baharu dengan wanita dipercayai bernama Siti Munirah Abd Ghani, yang jauh lebih muda daripada isterinya, Datin Fauziah Sarman.
Media juga mendapati ND Lala tidak muncul pada sesi fotografi bersama keluarga dan pengantin. Bukan itu sahaja, adik kepada Shila iaitu Syada, 25, juga tidak muncul pada sesi itu.
Terdahulu, ibu Shila mendedahkan wajah 'orang ketiga' bernama Siti Munirah Abd Ghani dengan keterangan gambar ditulis 'penyondol' di laman Instagram miliknya, sebelum mengesahkan wanita itu adalah madunya, selepas tiga dekad mendirikan rumah tangga dengan suaminya.
Hantaran itu sekali gus mengesahkan spekulasi mengenai ND Lala bernikah lagi satu selama ini. Dalam pada itu, Fauziah juga hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat di Bandar Baru Bangi yang ditemani adik perempuannya dikenali Effi, difahamkan untuk memfailkan perceraian.
Untuk makluman, Siti Munirah bukanlah asing dengan keluarga Fauziah dan ND Lala kerana dia adalah rakan sekolah Shila, dimana mereka sama-sama pernah belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Setapak Indah dan Siti Munirah sering berkunjung ke rumah mereka untuk majlis tertentu terutama keluarga.
Malah, Shila pernah memuat naik hantaran di Instagram sedang mencari Siti Munirah baru-baru ini. Ia dipercayai berhubung mengenai spekulasi terbabit.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::
No comments:
Post a Comment