05 August 2023

SERINA LUAH RASA SEDIH, MOHON DOA : "HATI IBARAT KACA JATUH BERKECAI BILA DENGAR BAPA ADA KANSER LIMFOMA"



Anak kepada cef selebriti popular, Datuk Redzuawan Ismail atau Cef Wan, 66, iaitu Serina Redzuawan, 40, meluahkan rasa sedih apabila mengetahui bapanya disahkan menghidap kanser limfoma semalam.
Berkongsi luahan tersebut menerusi hantaran di laman Instagram, Serina berkata, dia tahu itu ujian Allah untuk bapanya dan mereka sekeluarga.

"Assalamualaikum semua... Semalam hati Serina ibarat kaca jatuh berkecai ke lantai bila dengar berita, papa hantar text bagi tau dia ada Kanser Lymphoma, memang sedih..

Klik untuk gambar besar
"I tak dapat tahan air mata, I menangis sepuasnya..😭😭... I know Ini Ujian Allah SWT nak beri pada papa & kami sekeluarga.

"Allah maha baik pilih papa, Chef Wan, sebab papa insan yang berhati mulia selalu tolong orang, selalu menceriakan hidup orang lain, sentiasa bantu Ahli keluarga adik beradik.

"Syukur Alhamdulillah Papa Redha, dia tenang terima kententuan ini, I'm proud Of U papa! Insha Allah sakit tanda Allah Sayang, mencuci dosa dan menaikkan darjat kita sebagai manusia.
"Mudah-mudahan sahabat semua yg baca Nukilan Serina ni.. tolong doakan kesembuhan buat papa ya.

"Ingat papa.. Kami semua ada, Rina, Aidid, Tristan, Isabella, Chef Riz dan isteri, adik beradik papa, sahabat & peminat papa semua Sayangkan papa. Kami akan doakan papa kembali sihat, Stay strong.

"YA Allah Ya Syafi berikan lah kesembuhan buat Papa ku, Redzuawan Bin Ismail... Berinya hati yang kuat dan tabah redha dengan segalanya, angkat lah kesakitannya, tingkatkan Imannya, dekat kan selalu Papa dengan Mu Ya Rahman Ya Rahim.. Aminnnn," tulis Serina.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: