29 September 2023

AMERICA'S GOT TALENT - AINA ABDUL DEDAH PERNAH TOLAK TAWARAN : "INSHA-ALLAH KALAU ADA PELUANG SEKALI LAGI, SAYA DAH BERSEDIA..."



"Dulu saya pernah dapat tawaran, tapi ketika itu saya terikat dengan satu komitmen lain yang memang tidak dapat dielakkan menyebabkan dengan berat hati saya terpaksa menolak.
"Lama dah tawaran itu, seingat saya sekitar tahun 2014, ketika saya mula berjinak-jinak dalam industri muzik. Mungkin tiada rezeki saya, Insha-Allah kalau ada peluang sekali lagi untuk saya beraksi di sana.

"Saya dah bersedia dan memang teringin menyertainya," demikian dedah penyanyi Aina Abdul yang memberitahu, dia pernah menolak tawaran untuk menyertai program nyanyian terkemuka dunia, America's Got Talent (AGT).

Klik untuk gambar besar
Bagaimanapun, kata Aina, dia terpaksa menolak peluang besar tersebut kerana terikat dengan urusan tidak dapat dielakkan serta komitmen lain.

Tambahnya lagi, jika diberikan peluang sekali lagi, dia tidak menolak untuk bertanding kerana dia sudah bersedia dan teringin untuk menyertai program berkenaan.
Dalam pada itu, Aina turut mengulas mengenai penyanyi Indonesia berbakat besar iaitu Putri Ariani, dimana dia turut teruja apabila ada wakil dari Asia berjaya mencipta nama di pentas dunia itu.

"Saya memang mengikuti AGT, dan saya memang peminat suara penyanyi berbakat besar seperti Putri Ariani.
"Dia memang hebat dan layak untuk memenangi pertandingan tersebut apabila dikurniakan pakej lengkap, vokal, intelektual dan bijak bermain instrumen muzik yang menyokong kepaduan suara sehingga mampu menghasilkan bunyian menakjubkan.

"Saya harap dia menang dan menjadi peserta berhijab pertama berjaya menjadi juara dalam pertandingan mega yang diikuti penonton pelbagai negara," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: