29 September 2023

"DAH BANGUN SELEPAS BEBERAPA TAHUN DITIDURKAN SEBAB PKP" - JASMIN HAMID DEDAH DIPERLEKEHKAN DEK PAKAI KERETA WIRA LAMA



Menerusi perkongsian di laman Instagram baru-baru ini, pelakon Jasmin Hamid telah memuat naik mengenai kereta kesayangannya yang kembali berfungsi selepas beberapa tahun tidak gunakan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Dalam pada itu, Jasmin turut mendedahkan, dia pernah dipandang hina dan digelar artis miskin kerana menggunakan kenderaan lama itu.

"Alhamdulillah, my FELARI (kereta Wira) dah bangun dan bawa saya makan cendol selepas beberapa tahun dia ditidurkan sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Nama dia Bobob, kamu semua.

Klik untuk gambar besar
"Bila Bobob bawa saya jalan, ada segelintir manusia yang pandang senget (hina dan rendah) pada saya. "Takkan artis pakai Wira lama? Dah jatuh miskin ke?" itulah dialog yang saya dengar walaupun saya buat-buat tak dengar," tulis Jasmin.

Tambahnya, dia turut mempersoalkan adakah ianya menjadi satu kesalahan untuk mereka di kalangan selebriti memakai kereta lama.

"Haram ke pakai Wira lama? Kereta buruk? Saya okey sahaja pakai Wira lama. Kenapa pula awak nak rasa alergi? Biarlah, Saya bahagia dengan kehidupan dan cara saya. Bobob ada nilai 'sentimental' pada saya," tulisnya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: