"Ada orang kongsikan kepada saya. Inilah manusia bila tak ada kerja, sibuk idah orang. Apa idah aku 100 tahunkah? Dah kena saman, duduk diam-diam.
"Simpan duit nak bayar saman nanti. Nak belajar cara buat duit? Boleh sertai kumpulan Sarah, okay. Kita tak nak jadi seperti ini, suka jaga tepi kain orang."
Itulah tulis pelakon Puteri Sarah Liyana yang memberi amaran kepada bekas menantu pelakon veteran Kazar Saisi iaitu Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan, dimana dia masih bercerita buruk mengenainya walaupun selepas disaman.
Menerusi hantaran di Instagram Story, Puteri Sarah berkata, wanita itu tidak sepatutnya menyibuk mengenai idahnya selepas bercerai dengan bekas suami, Syamsul Yusof.
Dalam hantaran sama, Puteri Sarah turut berkongsi tangkap layar mesej wanita itu kepada seorang individu.
"Dalam idah pun dia dia VC (panggilan video) bermanja-manja dengan lelaki dalam 'live'. Adakah itu maruah isteri? Tak kisahlah apa pun suami itu buat," tulis wanita itu.
Terdahulu, Sarah mengambil tindakan sewajarnya atas tindakan wanita itu yang 'mencuit' hal peribadinya walaupun tidak ada kena mengena dengan dirinya.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::
No comments:
Post a Comment