30 September 2023

DISERANG STROK RINGAN DI BAHAGIAN MULUT - SUAMI LEGA FAUZIAH IDRIS KINI SUDAH BOLEH SENYUM



Pada Selasa lalu, penyanyi lagu irama Malaysia, Fauziah Idris telah dikejar ke Hospital Sungai Buloh selepas diserang strok ringan di bahagian mulut setelah menunaikan solat di rumahnya di Rawang, Selangor pada Selasa.
Fauziah kemudian dimasukkan ke Wad Kecemasan (Zon Merah), sebelum doktor mengesahkan penyanyi berasal dari Johor Bahru ini diserang strok ringan di bahagian mulut.

Mengenai keadaan Fauziah, 46, suaminya iaitu Mohd Yasir Idris, 48, memaklumkan isterinya kini semakin baik apabila menunjukkan perubahan semalam kerana mula kenal orang, namun masih belum mampu bercakap.

"Keadaannya pada hari pertama diserang strok agak teruk. Sekarang tangan pun dah boleh angkat, cuma tak berapa kuat akibat kesan suntikan.

"Begitu juga kaki dah boleh angkat tapi tak boleh kuat sangat. Saya juga lega dia dah boleh senyum. Sekarang dia berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) di bawah pemantauan doktor," kongsinya.

Dalam pada itu, Mohd Yasir yang bekerja sendiri sebagai perunding kesihatan tradisional itu turut memohon doa peminat atau mana-mana pihak yang kenal Fauziah agar mendoakan kesembuhan isterinya.

"Mana tahu ada di antara mereka ini yang mustajab dan dimakbulkan Allah. Berkenaan kos rawatan Insya-Allah setakat ini masih okey. Selepas ini tak tahulah macam mana," katanya.

Untuk makluman, Fauziah, 46, yang popular dengan lagu 'Rindu Merindu' menerusi album sulungnya pada 2000, berkahwin dengan Mohd Yasir pada 3 September 1999 dan dikurniakan empat anak.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: