03 September 2023

"HATI SAYA HANCUR IDOLA SAYA BERKELAKUAN SEPERTI ITU... SEKARANG DIA YANG TEGUR SAYA" - HAIRUL AZREEN BERAZAM TAK TERGAMAK TOLAK PEMINTAAN PEMINAT INGIN BERGAMBAR



"Ada seorang artis ini, masa itu saya pakai telefon 6600 (Nokia). Saya cakap dengan dia nak begambar... Telefon itu pula jenis kalau ambil foto kena tunggu tiga saat.Individu yang tolong ambil gambar kami pun tak peka dan rakam terlalu cepat sampai gambar kami jadi blur.
"Jadi saya minta izin pada artis itu untuk mengambil sekali lagi gambar kami... Dia tolak saya," itulah kata pelakon Hairul Azreen yang mengimbau insiden dimana dia pernah berdepan kejadian memalukan apabila ditolak oleh seorang artis ketika mengajaknya bergambar sebelum dia bergelar selebriti.

Berkongsi perkara itu ketika menjadi tetamu program Sembang Studio bersama pelakon Amelia Henderson, Hairul atau nama penuhnya, Hairul Azreen Idris, 34, berkata, foto yang diambil bersama artis lelaki berkenaan tidak jelas sebelum permintaan mengambil semula gambar bersama ditolak.

Susulan insiden tersebut, Hairul berazam jika dia bergelar artis, dia tidak akan pernah menolak permintaan peminat yang ingin bergambar dengannya.

Klik untuk gambar besar
"Ini cerita betul... Dia tolak saya dan hati saya hancur kerana idola saya berkelakuan seperti itu. Saya terus berniat, kalau saya jadi artis, saya tidak akan pernah menolak permintaan peminat," ujar pelakon 'Malbatt Misi Bakar' itu yang enggan menyebut identiti sebenar artis lelaki berkenaan.

Kata Hairul, artis tersebut kini cuba berbuat baik kepadanya selepas melihat dia berjaya menerusi filem-filem lakonannya. Jelasnya, artis tersebut mungkin tidak mengingati insiden memalukan itu, namun ia terpahat dihatinya sehingga ke hari ini.

"Dia tak tahu yang saya ingat sampai sekarang dan saya pun tak pernah bercakap dengan dia (tentang insiden itu)... Sampai hari ini pun saya tak sebut nama dia. Tapi apabila bertemu dan saya tengok dia, tidaklah saya beritahu dia pernah tolak saya... Tapi sekarang dia yang tegur saya," kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Hairul turut mengimbau kenangan sebelum bergelar pelakon, dimana dia tidak malu mengakui dirinya pernah bekerja sebagai jurujual di sebuah kedai jam tangan yang terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Tambah suami kepada pelakon Hanis Zalikha, ketika itu juga dia sering terserempak dengan kelibat selebriti tempat yang dikerumun peminat dan sejak itu dia berazam mahu menjadi seorang selebriti.

"Saya sering lihat artis lalu nak pergi Langkawi, nampak Saiful Apek Senario, Afdlin Shauki. Waktu itu saya rasa bestnya jadi artis... orang pandang. Saya terfikir kalau jadi artis kan best orang ambil gambar dengan saya. Pada waktu itu saya sudah ada rasa minat untuk jadi artis, tapi saya tahu saya tidak layak kerana tidak boleh menyanyi," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: