02 September 2023

"SATU KENANGAN YANG MENAKUTKAN UNTUK DIINGATI" - SYAFIE NASWIP SELAMAT JALANI PEMBEDAHAN BUANG APENDIKS



Pelakon Syafie Naswip, 31, baru-baru ini telah selamat menjalani pembedahan membuang apendiks di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara, selepas berdepan detik cemas kerana mengalami kejang perut selain sukar bernafas, sehingga dikejarkan ke hospital.
"Satu kenangan yang menakutkan untuk diingati. Kejang perut selama dua hari... Sakitnya hanya Tuhan yang tahu," tutur Syafie menerusi perkongsian di Instagram dengan memuat naik gambar dirinya sedang terbaring di katil hospital ketika menerima rawatan.

Dalam pada itu, Syafie turut berkongsi, dimana dia mengalami masalah itu disebabkan tabiatnya yang gemar makan makanan pedas.

Klik untuk gambar besar
Tambahnya, pembedahan membuang apendiks juga menjadi pengajaran buatnya untuk lebih menjaga pemakanan selepas ini.

"Perjalanan yang sangat sukar. Tidak dinafikan apa yang dilalui itu adalah satu pengalaman yang memberi kebaikan bila difikirkan kembali.
"Itu semua salah saya sebab ketagih makan masakan pedas sejak kecil. Jadi saya banyak belajar ketika bermalam selama empat hari di hospital," katanya.

Syafie yang meluahkan rasa syukur dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di hospital itu mengakui akan lebih berhati-hati pada masa hadapan.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: