"Seorang wanita istimewanya sudah terlahir dengan sifat punya emosi dan dengan emosi inilah wanita kuat untuk menjadi apa saja, baik yang punya suami, yang ada anak-anak atau mereka yang ditakdirkan Allah untuk hidup sendirian.
"Saya menulis kali ini bukan untuk terus mendedahkan aib peribadi saya tetapi ada banyak perkara seakan perlu saya jelaskan. Ada yang merasakan saya tidak boleh 'move on' dengan apa yang sudah Allah tulis untuk saya, sedangkan jiwa saya sangat tenang secara 'total'.
Demikian tulis bekas isteri kepada penyanyi dan pelakon era 1980-an, Datuk ND Lala, 62, iaitu Fauziah Sarman, 55, menerusi muat naik terbaru di laman Instagram, dimana dia meluahkan isi hati yang jelas menunjukkan kepedihan mendalam.
Menerusi hantaran dimuat naik berdasarkan petikan beberapa video mengenai isu kereta didakwa 'dicuri' dan gelaran 'penyondol' kepada bekas madunya, Fauziah yang juga ibu kepada penyanyi Shila Amzah ini turut menafikan dakwaan mengatakan dia masih tidak 'move on' dengan apa yang sudah berlaku.
Klik untuk gambar besar
Ujar Fauziah dalam hantaran itu, dia bertanya apakah meluahkan rasa tanda orang itu 'meroyan' dan tidak menerima kenyataan kerana akuinya dia sangat bersyukur apabila dilepaskan (cerai) mengikut undang-undang agama.
"Kisah panjang berkaitan isu kereta yang membabitkan anak lelaki kami, di situlah terbongkar segalanya dengan bukti yang membuka mata dan jiwa saya yang selama ini tertipu dengan lakonan dibuat. Apa perasaan kalian melihat bukti yang sahlah suami saya ketika itu sudah bernikah dengan perempuan yang pernah bersama-sama kami anggap seperti anak?
"Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Saya takkan tarik balik gelaran 'penyondol' untuk budak ini," katanya yang turut mendedahkan mengenai nafkah dirinya yang diabaikan serta mendakwa bekas suaminya sudah bertahun-tahun tidak bekerja dan kehidupan mereka ditanggung oleh seorang anak yang berbakti untuk keluarganya.
"Tanyalah diri, berapa lama nafkah saya diabaikan. Cerminlah diri, bertahun-tahun anda tidak bekerja. Kena sedar kehidupan terbina sekarang hasil dari titik peluh seorang anak yang tidak pernah berkira untuk keluarganya.
"Saya pernah dididik oleh bekas suami bahawa 'setiap tindakan ada akibatnya'. Jadi, bagi saya apa yang terjadi sekarang, satu persatu kisah yang kami simpan selama ini adalah kifarah yang Allah zahirkan," tuturnya.
Dalam pada itu, Fauziah mengaku tiada niat untuk membuka pekung di dada, selain berkata, dia percaya apa yang benar tidak akan menipu apabila sampai masanya.
Pada 5 September lalu, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini, mengesahkan lafaz cerai dibuat ND Lala terhadap Fauziah secara 'voice note' (rakaman suara) di WhatsApp pada 2 Ogos lalu adalah sah.
Pasangan ini yang sudah hidup bersama selama 34 tahun dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nur Shahila, 33; Amir Syafiq, 30; Amir Syahir, 28; dan Nur Syuhada, 25.
Namun, ND Lala pada penjelasan dibuat dalam video dimuat naik di Instagram pada 8 September lalu mengaku sudah berkahwin dengan Siti Munirah Abdul Ghani, 33, yang pernah didedahkan sebelum ini oleh Fauziah di Instagram pada April lalu.
ND Lala juga menepis dakwaan isterinya, Siti Munirah adalah 'penyondol' kerana dia sendiri bertemu dengan bapa mentuanya untuk meminta izin dan restu memperisterikan wanita terbabit.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::
No comments:
Post a Comment