"Saya tidak pernah berkongsi apa-apa kenyataan, gambar mahupun video di mana-mana media sosial saya mengenainya (kisah pertunangan dan perkahwinan). Apa yang berlaku adalah di luar bidang kuasa saya.
"Untuk saya sendiri, sekiranya sudah bersedia pasti saya akan memaklumkannya kepada pihak media, rakan selebriti dan sesiapa yang mengenali saya. Tapi, buat masa ini, saya harap semua pihak menghormati keputusan dibuat sebab ini privasi saya."
Itulah kata penyanyi dan pelakon Nabila Razali, 30, yang mengakui dakwaan kisah pertunangannya yang heboh diperkatakan di media sosial baru-baru ini bukan dia yang menyebarkannya tetapi orang lain.
Klik untuk gambar besar
Menurut Nabila atau nama penuhnya, Nur Nabila Mohd Razali, atas sebab itu dia tidak mampu menghalang orang ramai daripada berkongsi mengenainya walaupun ia membabitkan hal peribadi.
Sementara itu, mengulas mengenai tekanan yang dihadapi apabila sering diasak dengan pertanyaan jodoh dan percintaan, Nabila berkata, ia adalah perkara biasa dalam kehidupan seorang selebriti.
"Kalau cakap soal tekanan, dari dulu lagi bukan pasal soalan saja tapi kritikan dan cemuhan memang sinonim. Itulah asam garam anak seni yang sentiasa diperhatikan dan dijadikan bahan.
"Saya pun tidaklah marah, cuma satu minta satu saja agar menghormati keputusan saya. Terima kasih," ujar penyanyi lagu 'Peluang Kedua' itu yang mengambil pendekatan mengunci mulut dan berpegang pada prinsip untuk tidak berkongsi apa-apa sebelum tiba masanya.
Sebelum ini, media melaporkan Nabila sudah melangsungkan pertunangan dengan seorang usahawan dalam satu majlis tertutup, dimana ia hanya dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::

No comments:
Post a Comment