17 September 2023

SYAFIQ KYLE ENGGAN ULAS ISU DENGAN MIMI LANA : "PERKARA INI SELESAI SECARA BAIK... TIADA LAGI FOLLOW UP"



Semua sedia maklum mengenai pasangan pelakon Syafiq Kyle, 31, dan Mimi Lana, 28, yang sebelum ini hangat diperkatakan selepas majlis perkahwinan mereka yang sepatutnya diadakan pada 18 Ogos lalu, dibatalkan seminggu sebelum dijadualkan berlangsung di Puncak Rimba, Bentong, Pahang.
Berhubung hal tersebut yang mengejutkan ramai pihak, Syafiq ketika ditemui media bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai punca pembatalan majlis berkenaan dan juga konflik hubungan dengan Mimi Lana.

Jelas Syafiq, isu tersebut sudah diselesaikan secara baik dan perkara itu tidak perlu diulas lagi, selain menjelaskan dia mahu memberikan fokus terhadap kerjaya dan keluarga buat masa ini.

"Saya ambil maklum tentang isu ini, terima kasih saya ucapkan kepada semua yang mengambil berat tentang saya dan pihak Mimi.

Klik untuk gambar besar
"Saya harap isu ini tidak lagi diulas lanjut sebab perkara ini melibatkan banyak pihak, saya mengambil pendekatan ini untuk menghormati kedua-dua belah pihak iaitu saya dan Mimi.

"Perkara ini selesai secara baik antara saya dan Mimi, jadi saya rasa perkara ini tidak perlu diulas lanjut lagi dan tiada lagi follow up.

"Buat masa sekarang ini saya ambil pendekatan untuk mengambil masa masing-masing, ruang dan fokus pada keluarga serta kerja," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: