16 September 2023

"KENAPA MAKIN NAIK, BUKAN MENURUN?" - FASHA SANDHA TERKEJUT YANG 'FOLLOW' LEBIH BANYAK BERBANDING YANG 'UNFOLLOW'



"Selepas tular itu, semalam saya periksa pengikut saya naik lebih 25,000. Bukan menurun. Saya macam (terkejut) kenapa makin naik, bukan menurun? Yang 'follow' lebih banyak daripada yang 'unfollow'."
Demikian ujar pelakon Fasha Sandha yang terkejut apabila mengaut lebih 25,000 pengikut di Instagram, meskipun ada yang mengugut ingin 'unfollow' akaunnya gara-gara video tularnya baru-baru ini

Jelas Fasha atau nama penuhnya, Nur Fasha Sandha Hassan, 39, dia sebenarnya terkejut dengan hal itu apabila video terbabit mencetuskan pelbagai reaksi termasuk kecaman hebat.

Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Aidil Aziz itu berkata, dia menyahut cabaran melunaskan video terbabit berdasarkan konsep idea produk berkenaan, selepas dia yakin ramai faham dengan apa mesej ingin ditonjolkan.

Klik untuk gambar besar
"Mungkin mereka suka dengan konsep pemasaran ini. Pada saya lebih realistik, pasal gaya hidup. Kami nak memberi contoh kepada mereka yang sudah berkahwin, beri inspirasi untuk berkasih sayang.

"Pejam celik saya dan Aidil sudah enam tahun bersama. Saya akan pastikan dia dijaga sebaiknya. Ya saya tak sempurna, saya akan terus lakukan yang terbaik untuk jadi isteri terbaik," katanya.

Sementara itu, Fasha menjelaskan, video yang mencetuskan kontroversi ini sebenarnya berdurasi seminit dan babak intim itu cuma sedutan pendek pada bahagian hujung.

Dalam pada itu, Fasha turut mengulas mengenai keputusannya yang memilih untuk arkibkan video tersebut. Tambah pelakon drama 'Rampas Cintaku' itu, keputusan itu dibuat bukan disebabkan menyesal selepas dikecam.
"Bukan sebab menyesal. Saya nak arkibkan dulu sebab nak tunggu video penuhnya dilancarkan hari ini," tuturnya yang enggan menyalahkan warga maya sekiranya melihat video itu dari sudut lain, ini kerana semua berhak lontar pandangan masing-masing.

"Kita tak boleh kawal apa yang orang rasa. Saya buat apa yang saya rasa nak buat. Tak salah kalau mereka nak suka atau tak suka. Masing-masing berhak beri pandangan sebab ia bergantung kepada penilaian seseorang," katanya.

Terdahulu, aksi keterlaluan Fasha dan suaminya di media sosial mengundang kecaman sekali gus didakwa memberi pengaruh negatif kepada orang ramai terutama generasi muda.

Rata-rata pengikut di Instagram milik Fasha meluahkan rasa kecewa dengan tindakan pelakon itu yang memuat naik video kemesraan mereka ketika sedang berendam di dalam tab mandi.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: