16 September 2023

SUAMI DIKATA DAH TUA - INTAN NAJUWA 'SINDIR' NETIZEN



"Saya tak tahu mungkin dia duduk dekat alam lain, atau duduk di planet yang tidak di ketahui, mungkin umur 39 itu bagi dia dah tua ganyut dah," ujar pelakon Datin Intan Najuwa yang menjawab komen netizen mendakwa suaminya, Datuk Ahmad Asraf sudah berusia ketika bersiaran langsung di TikTok.
Sudah hampir sebulan Intan mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, namun kisah perkahwinan pasangan ini masih lagi menjadi bualan netizen.

Baru-baru ini, Intan tampil bersuara selepas ada netizen melabel suaminya sudah tua, meskipun baru berusia 39 tahun.

Intan yang tidak melenting dengan komen tersebut telah menyindir individu berkenaan dengan mengatakan dia 'melayan' saja manusia dengan IQ rendah.

Klik untuk gambar besar
"Tak apa kita layan sahaja manusia IQ rendah ini. Orang yang IQ rendah ini suka buat lawak bodoh, sebab dia ingat kita bodoh macam dia Kesian ye.

"Dia ingat dia lah yang terpaling lawak dan terpaling cool. Nampak awak bodoh sangat tau. Pergi la duduk di planet lain, jangan datang di muka bumi.

"Kita orang dekat bumi ni IQ tinggi sikit, dekat planet awak mungkin IQ tu sama rata sahaja macam awak. Anak buah saya pun IQ tinggi sikit dari awak!" katanya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: