"Semalam (Selasa) ada orang pagi-pagi nak datang rumah, Shila telefon mak beritahu ada orang datang nak buat penilaian rumah. Orang tu sampai depan rumah baru dia nak bagitahu.
"Mak minta tangguhkan sekejap dalam satu ke dua jam sebab nak kemas rumah dulu malulah orang datang rumah kotor," demikian kata adik lelaki kepada penyanyi Shila Amzah, Amir Shafiq menerusi sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini.
Dalam hantaran tersebut, Shafiq mendakwa mereka dimaklumkan mengenai individu yang akan datang untuk menilai banglo berkenaan di saat akhir.
Bagaimanapun, kata adik lelaki Shila lagi, ibu mereka iaitu Fauziah Sarman meminta untuk diberikan masa untuk membersihkan rumah yang bersepah memandangkan mereka membela 40 ekor kucing.
"Dia cakap orang tu (penilai) ada kerja, mereka bukan tiada pekerjaan macam mak. Dia hina mak saya. Ini mak saya yang cerita. Mak sampai menangis. Shila tengk1ng mak dan disebabkan itu mak memarahinya," ujar Shafiq yang turut mendakwa Shila datang ke rumah dan bertindak menendang pintu banglo serta menengking ibu mereka.
Dakwa Shafiq lagi, Fauziah hampir menampar Shila akibat pertengkaran itu namun kerana pergerakannya terbatas dia hanya dapat mencapai cermin mata dipakainya.
"Shila cakap 'kepala ot@k mak la', lepas itu ditolak mak... Bila dia tolak mak dan mak hampir terjatuh, mak nak lemp@ng dia tapi tercapai cermin mata dia.
"Mak saya pecahkan cermin mata dia dan dia m@ki lagi 'mak ni memang tiada ot@klah' dan bukti mengenai kejadian itu ada," tambahnya.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::
No comments:
Post a Comment