13 October 2023

ISU KAK LINA UNDUR DIRI - NABIL AHMAD AKUI TERKEJUT, MASIH KELIRU



"Saya tahu cerita ni pun dekat portal berita. Saya masih belum dimaklumkan mengenai pengunduran diri Elly. Selalunya hari Sabtu baru kami akan dapat tahu apa-apa berita. Ia agak memeranjatkan saya."
Itulah kata pengacara All Stars Gegar Vaganza (ASGV @ GV10) iaitu Nabil Ahmad yang akui terkejut apabila mendapat tahu mengenai pengunduran diri rakan pengacaranya, Elly Mazlein atau lebih mesra dipanggil Kak Lina daripada program itu melalui portal berita.

Dalam pada itu, Nabil berkata, dia masih keliru tentang kesahihan berita tersebut atau sekadar gimik semata-mata dan jika berita itu benar, sudah pasti dia rindukan gelagat bersahaja Kak Lina serta berharap dapat sepentas bersama Kak Lina dan Jihan untuk kendalikan program berkenaan.

"Saya masih belum tahu kebenaran cerita ni. Entah-entah hanya gimik atau apa ke kan? Kadang-kadang boleh jadi gimik," ujarnya.

Klik untuk gambar besar

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: