13 October 2023

"KAU SEDAP PANGGIL AKU BALACI" - PA BERANG DENGAN ADIK SHILA AMZAH, GELAR GANGSTER LANGAT, PUKUL PEREMPUAN



"Aku ni 13 tahun kerja. Luar dalam korang semua ada kat tangan aku. Aku selama ni sabar je dengan perangai sorang2, macam2 benda aku buat yang bukan kerja aku pun aku buat. Aku diam je tak kacau hidup korang. Kau sedap panggil aku balaci.
"Sabar dan respect aku dah habis sejak semalam. Sampai mati aku ingat each and everyone of you!" tulis pembantu peribadi (PA) Shila Amzah iaitu Aini Shuhaidah, dimana dia pula bersuara serta mengatakan dia sudah hilang sabar dengan sikap adik-beradik penyanyi tersebut.

Aini menerusi perkongsian di Insta Story telah meluahkan rasa berang dan tidak berpuas hati apabila adik Shila iaitu Amir Shafiq memanggilnya dengan gelaran balaci ketika live semalam.

Klik untuk gambar besar
"Aku balaci? Mak aku tak ajar aku? Cantik Syafiq Amzah 👍👍👍👍👍👍 Game on!" tulisnya lagi.

Dalam pada itu, Aini berkata, dia ada mengajak Shafiq untuk berjumpa, namun adik lelaki Shila itu hanya duduk di dalam rumah dan tidak keluar untuk berbincang.

Tambahnya lagi, pada awalnya dia hanya diam, namun tidak dapat menahan sabar apabila ibu mereka iaitu Fauziah Sarman menyebut nama ibunya.
"Aku diam dari awal sampailah Datin Fauziah Sarman aka mak kau petik nama mak aku dulu. Panggil aku anak tak berguna," katanya.

Sebelum ini, hangat diperkatakan kemelut adik-beradik itu apabila Shila mengakui mahu menjual rumah banglo yang didiami keluarga mereka untuk membeli rumah lebih selesa.

Namun, Shafiq mendakwa kakaknya itu mahu menjual rumah berkenaan kerana duit. Malah, Syada mendakwa telah dihalau keluar serta dilayan seperti haiwan jalanan.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: