"Isteri saya bekerja seawal usia 10 tahun. Dia tidak pernah pegang duit, kad bank, termasuk kad pengenalan sendiri sehingga usia 28 tahun. Malah dia dikerah untuk bekerja dan setiap bulan pasti ada saja yang perlu dibayar dan ditunaikan. Segala hasil titik peluh, perlu dahulukan keluarganya.
"Tiada alasan yang boleh diberikan, kerana keluarganya mendakwa itulah tugas seorang anak sulung dan, jangan jadi anak derhaka. Dia berkahwin atas pilihan keluarga. Sepanjang tempoh tiga tahun perkahwinan dia mengalami trauma kerana terpaksa menanggung bekas suami.
"Dia memulakan hidup baru selepas bercerai, namun terpaksa menanggung hutang keluarga ratusan ribu. Biarpun hutang berjaya dibayar tetapi dia masih menanggung keluarga sehingga ke hari ini secara bersendirian.
"Ramai yang cerca dan hina Shila. Hanya dia saja tahu apa yang dia lalui sepanjang 33 tahun kehidupannya. Tiada tempat untuk berkongsi, jika dikongsi tiada siapa yang endah.
Klik untuk gambar besar
"Gagal dalam perkahwinan pertama, dia mulakan kehidupan baru di perkahwinan keduanya. Tapi masih tidak mudah untuk dia lalui. Walaupun dikurniakan rezeki mendapat insan dan keluarga baru yang mendengar kisah kehidupannya, tetapi nikmat itu hanya sementara.
"Dia kehilangan ibu mentua dan adik iparnya. Seminggu sebelum bertunang, kehilangan adik ipar dan ibu mentua beberapa hari sebelum bernikah. Saya sangka kehidupan saya sudah cukup mencabar dan penuh dugaan. Ternyata ada yang lebih besar untuk orang lain. Inilah dia kisah seorang wanita hebat yang saya kenali.
Itulah tulis suami kepada penyanyi Shila Amzah iaitu pempengaruh media sosial, Ubai, dimana dia mendedahkan hanya isterinya itu lebih mengetahui 'kesengsaraan' yang dilaluinya sepanjang 33 tahun hidup.
Pendedahan itu dibuat Ubai menerusi aplikasi X petang semalam mengenai isterinya yang turut mengalami penderaan mental dan fizikal pada perkahwinan pertamanya, dimana Shila dikatakan terpaksa menanggung bekas suami termasuk melangsaikan hutang keluarganya yang dianggarkan mencecah ratusan ribu.
Dalam pada itu, Ubai juga memberitahu, Shila cuba bangkit pada perkahwinan kedua, namun pelbagai dugaan terpaksa ditempuh termasuk kehilangan ibu mentua dan adik iparnya.
Tambah Ubai, walaupun dia menganggap kehidupannya lebih mencabar selepas kehilangan ibu tercinta, tetapi ternyata isterinya itu lebih mengalami keperitan.
Sebelum ini, Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Hamzah, 33, dalam sesi siaran langsung di TikTok mengakui tindakan menjual rumah itu adalah pilihannya sendiri kerana mahu mencari kediaman lebih baik untuk keluarganya.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::

No comments:
Post a Comment