29 October 2023

ANAK TIRI TR@UMA - INI JELAS FIZI ALI ISU FOTO TULAR TEKUP MULUT AMEENA



"Selepas gambar itu tular, Damia terima banyak WhatsApp daripada rakan sekolah yang menghantar semula gambar menekup mulut Ameena kepadanya.
"Mereka tuduh Damia pembvli, lebih lagi, gambar wajahnya dibulatkan menyebabkan Damia mengalami kemurvngan.

"Saya kasihan melihatkan keadaan Damia yang menjadi mangsa bvli siber pada usia masih mentah, sedangkan Damia sangat baik dan lembut.

"Damia juga sangat sayangkan Ameena, mereka sangat rapat, malah tidur bersama. Jadi, tak mungkin Damia ada niat nak lakukan perkara tak baik pada Ameena."

Itulah kata penyampai radio Fizi Ali yang mendedahkan anak tirinya, Damia mengalami tr@uma selepas dituduh pembvli oleh rakan sekolahnya, susulan tular gambar menekup mulut anaknya, Ameena.

Klik untuk gambar besar
Jelas Fizi, anak tirinya yang berusia 11 tahun itu mengalami kemurvngan sehingga hampir seminggu tidak ke sekolah serta takut untuk keluar jika orang ramai akan memb£ncinya.

Berhubung gambar tular itu, Fizi tampil menjelaskan, ketika gambar tersebut dirakamkan, Ameena mahu mencium tangan kakak tirinya itu, namun kelihatan seperti Damia menutup mulut anaknya.

"Ameena aktif, ceria dan tak boleh duduk diam. Dia suka pegang tangan kakaknya dan ketika itulah, Ameena sebenarnya cuba mencium tangan Damia.

"Saya juga minta tolong jangan bulatkan lagi muka Damia, kalau tak puas hati jumpa sendiri dengan saya.

"Tolong jangan babitkan isteri, anak-anak dan keluarga saya," tuturnya yang turut berkata, dia ada sebab mengapa tidak menjawab WhatsApp yang dihantar oleh bekas isterinya, pelakon Shakilla Khoriri berkenaan gambar tersebut.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: