28 October 2023

DIHANTAR KE KUALA LUMPUR - JENAZAH ALLAHYARHAM BADRUL MUHAYAT AKAN DIKEBUMIKAN ESOK



Isteri kepada Allahyarham Badrul Muhayat iaitu Norhayati Zulkapli, 50, yang reda atas pemergian suaminya itu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu memudahkan urusan jenazah suaminya.
Sebelum itu, jenazah pelakon berusia 55 tahun berkenaan dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian kira-kira 5 petang tadi sebelum dimandi dan dikafankan di Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini.

"Saya berterima kasih kepada semua pihak yang membantu memudahkan urusan suami saya. Saya reda atas takdir ini.

"Arwah suami saya seorang yang sangat baik dan dia sentiasa mendoakan orang di sekelilingnya," ujar Norhayati ketika ditemui selepas selesai pengurusan jenazah suaminya di HSJ.

Untuk proses pengebumian pula, jenazah Allahyarham Badrul kini penghantaran ke rumahnya di Sentul, Kuala Lumpur.

Penghantaran jenazah yang diiringi Norhayati itu bertolak ke Kuala Lumpur kira-kira 7.45 malam dan dijangka tiba sekitar 11 malam ini.

Suasana pilu menyelubungi perkarangan Unit Forensik HSJ, di sini, selepas jenazah pelakon itu dibawa keluar untuk dibawa masuk ke dalam kenderaan jenazah.

Dalam pada itu, Norhayati memberitahu, dia mahu urusan pengebumian suaminya ini dipercepatkan, malah sudah menghubungi pihak pengurusan masjid untuk tindakan selanjutnya.

Jenazah Allahyarham Badrul difahamkan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Muda kira-kira jam 8 pagi esok.

Sebelum ini, media melaporkan pelakon Badrul Muhayat meninggal dunia dalam tidur di sebuah inap desa di Permatang Pauh, dekat sini, pagi tadi.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: