"Tak tahu dia (Shila Amzah) di mana sekarang. Dah tak harap apa-apa dari dia. Ada saja pilihan untuk dia tukar nama rumah itu kepada nama mak, biar kami yang selesaikan.
"Mesti ada sebab dia tak nak tukar nama. Dia tahu ini boleh datangkan duit. Mungkin nilainya RM2.5 juta sekarang," kata adik lelaki kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Amir Syafiq, menerusi siaran langsung di TikTok, dimana dia pula tampil bersuara mengenai isu rumah yang diduduki keluarga mereka.
Dalam siaran langsung tersebut, Syafiq memberitahu, kakaknya itu tidak berbincang terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk menjual rumah berkenaan, malah dia juga mendakwa Shila mahu menjual rumah berkenaan kerana nilai dalam pasaran yang tinggi dianggarkan RM2.5 juta.
Dalam pada itu, Syafiq turut mendedahkan Shila seorang yang berpura-pura serta menyifatkan tindakan kakaknya itu menjual rumah berkenaan dengan menggunakan kuasa veto adalah tidak wajar.
"Sepatutnya selepas ibu bapa bercerai veto tu adalah di tangan saya sebab anak lelaki sulung tapi saya masih belum stabil... bagaimanapun dia boleh ada rasa simpati.
"Tak perlu nak back up dia. Apa yang dia tunjukkan itu fake. Saya ini orang yan benar, sebelum nak burukkan kakak, saya burukkan diri sendiri dulu," ujar Syafiq yang juga mendakwa Shila serta orang-orang terdekat dengannya pernah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap ibu mereka, Fauziah Sarman.
"Apa yang dia buat tu salah. Kau sentuh mak, dengan balaci tengking mak. Ingat aku boleh berdiam? Ramai tak puas hati dengan kau," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::
No comments:
Post a Comment