12 October 2023

"SANGAT BAHAGIA, SERONOK, TENANG & MAKAN MINUM SUDAH DIJAGA KEMBALI" - AFDLIN SHAUKI



"Saya sekarang sangat bahagia, seronok, tenang dan makan minum sudah dijaga kembali. Setakat ini Alhamdulillah saya sangat gembira dengan keadaan diri saya sekarang.
"Semuanya berjalan dengan baik," ujar pelakon Datuk Afdlin Shauki yang memberitahu, dia kini rasa bahagia dengan kehidupan selepas kembali mendirikan rumah tangga.

Hampir dua bulan bergelar suami, Afdlin meluahkan rasa syukur serta mengatakan hidupnya kini lebih tenang apabila makan minumnya kembali dijaga oleh seorang isteri.

Sementara itu, Afdlin berkata dia turut bersyukur perkahwinannya itu diterima baik oleh anak-anak dan juga bekas isterinya, Christina.

"Saya menghormati isteri saya, dia tidak kisah jika saya nak kongsikan berita gembira ini tapi saya mahu berikan kami masa. Saya nak umumkan pada Ogos lalu tapi ada PRN pula, saya tak mahu fokus orang lari.

"Alhamdulillah semua keluarga menerima perkahwinan ini dengan baik," katanya yang turut mengakui kasihan dengan isterinya yang tidak dapat mengadakan majlis perkahwinan yang sempurna, namun isterinya okay sahaja kerana niat utama mereka mahu menghalalkan hubungan.

"Kesian juga dengan isteri saya kerana tiada majlis perkahwinan besar-besaran tapi Alhamdulillah dia cakap tak kisah dan okay sahaja. Niat kami hanya untuk menghalalkan hubungan dan majlis pernikahan sudah cukup untuk meraikan kami," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: