11 October 2023

ALAMI KEMURUNGAN HADAP 'PERANGAI' PENYANYI - TUAN RUMAH KINI RASA SEDIKIT LEGA MASALAH DIALAMI DISELESAIKAN BAITULMAL



"Saya kini berasa sedikit lega apabila masalah dialami dengan penyanyi itu sebagai penyewa rumah saya dapat diselesaikan secara berhemah. Tindakan Baitulmal pantas juga. Diharapkan semoga segala urusan ini berjalan lancar.
"Saya nak ucap terima kasih kepada pihak Baitulmal kerana sudi bantu selesaikan tunggakan sewa rumah, RM3,600 dan juga tunggakan bil elektrik berjumlah hampir RM7,000 itu. Terima kasih sangat.

"Saya juga kalau boleh tidak mahu lagi berhadapan masalah seperti ini kerana disebabkan apa yang berlaku, saya pernah mengalami depresi (kemurungan) yang teruk hingga mengganggu tahap kesihatan saya."

Itulah kata pekerja swasta, Liza Mohamad, 46, yang sebelum ini berhadapan masalah dengan seorang penyanyi lelaki popular era 1990-an yang menyewa rumahnya apabila tidak membayar sewa sejak empat bulan lalu, termasuk bil elektrik tidak dilunaskan yang tertunggak hampir RM7,000.

Tambahnya lagi, sebagai pemilik rumah sewa yang berhadapan masalah sebegini, dia ada rasa kesal dan kecewa, selain menjadikan apa yang berlaku itu sebagai iktibar pada dirinya untuk lebih berhati-hati di masa akan datang.

Sebelum ini, Liza memberitahu, atas timbang rasanya, dia memberi kebenaran kepada penyanyi terbabit terus menetap di rumahnya di Setapak Indah sehingga 31 Oktober ini kerana Baitulmal memberi jaminan akan mencari kediaman baharu dengan segera.

Dalam pada itu, difahamkan, penyanyi terbabit perlu keluar dan mengosongkan rumah sewanya pada hari ini mengikut arahan pihak polis, berikutan Liza juga sudah membuat empat laporan polis terhadapnya kerana sukar dibawa berbincang.

Sementara itu, dilaporkan juga beberapa jiran yang tampil bersuara kerana tidak mampu bersabar lagi dengan sikap penyanyi itu yang didakwa pengotor dan mengganggu ketenteraman awam kerana suka buat bising di tengah malam.

Terdahulu, seorang wanita membuat laporan polis terhadap penyanyi itu yang didakwa gagal menjelaskan tunggakan sewa rumah mencecah RM3,000 sejak Jun lalu.

Malah, notis mengosongkan rumah juga difahamkan sudah diberi dan diterima oleh isteri penyanyi terbabit, namun tidak diendahkan dan mereka kekal duduk di rumah itu.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: