"Rumah yang keluarga saya tinggal itu nama saya.. Jangan risau, tiada siapa halau keluarga. Saya kini pikul tanggungjawab menjadi ketua keluarga, saya nak jual rumah itu supaya saya boleh beli rumah yang lebih baik untuk mereka.
"Rumah itu penuh dengan elemen-elemen kehidupan lalu yang tak elok, dengan kisah silam mungkin kita tak nak ingat. Bila ibu bapa bercerai, rumah itu ada kenangan yang tak menarik.
"Rumah sekarang sangat besar, 9,000 kaki persegi yang dilengkapi tujuh bilik... kereta boleh masuk 10 biji dan ada tiga rumah kucing.
"Orang yang tinggal pula hanya lima orang. Tiada orang gaji yang boleh menguruskan rumah itu. Jadi takkanlah saya nak biarkan, rumah itu kusam je.
"Jangan risau, saya akan cari rumah sewa untuk mereka. Saya sedang mencari kondominium untuk ibu dan adik-beradik duduk sebab boleh ada kehidupan dan persekitaran yang lain. Saya nak cari yang lagi selesa, senang nak kemas.
"Benda ni sangat jelas. Tidak ada salah faham. Tak ada peringkat nak berbincang antara kami sebab saya dah buat kuasa veto. Saya cakap nak jual sebab orang yang nak menguruskannya itu muka ini.
Klik untuk gambar besar
"Kenapa saya yang bersalah sedangkan saya nak bagi yang terbaik untuk keluarga saya. Orang kat luar sana mungkin ingat saya ini anak tak bertanggungjawab, tapi bila dalam rumah ini tak ada yang boleh buat keputusan secara dewasa.
"Jadi kitalah terpaksa buat keputusan. Saya dah jadi ketua keluarga sebab tak ada orang nak pikul tanggungjawab ini. Pada saya daripada biarkan rumah itu teruk tak dijaga, lebih baik jual. Tapi masing-masing cuba pamerkan saya yang yang jahat."
Itulah jelas penyanyi Shila Amzah yang menafikan dakwaan dirinya menghalau ibu dan adik-beradiknya selepas dikatakan mahu menjual kediaman banglo yang didiami keluarganya.
Kata Shila, dia mahu menjual rumah terbabit kerana ingin mencari kediaman yang lebih selesa untuk keluarganya, selain menegaskan dia terpaksa menggunakan kuasa veto memandangkan dia kini bertindak sebagai 'ketua keluarga'.
Sebelum ini, heboh di media sosial apabila adiknya, Syada memuat naik status mempersoalkan mengapa rumah yang didudukinya bersama ibu mahu dijual.
Bagaimanapun, Shila memberi teguran berdasarkan hantaran di Instagram Story untuk tidak menceritakan hal keluarga di media sosial.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::
No comments:
Post a Comment