16 October 2023
"KAMU MASUK RUMAH ORANG, YANG BERDUA INI SUDAH LAMA" - HETTY KOES ENDANG AKUI TIADA MASALAH DENGAN SIKAP 'HAVOC' ELLY MAZLEIN
"Saya rasa dia (Elly Mazlein) tidak kuat. Saya tidak mempunyai masalah dengan karektor 'havoc' yang dipamerkan oleh Kak Lina (Elly). Namun, sekiranya dia ingin kekal membawakan karektor begitu, dia harus kuatkan mental dan tidak mudah berkecil hati apabila menerima komen atau kritikan daripada penonton.
"Saya tahu Lina seorang yang manja, tapi jangan mudah kecil hati. Ayuh Lina, masuk semula!" ujar juri tetap program All Stars Gegar Vaganza (ASGV @ GV10) iaitu penyanyi legenda, Hetty Koes Endang yang mengulas mengenai pengunduran Elly Mazlein sebagai pengacara program tersebut.
Berhubung hal tersebut, Hetty, 66, berkata, program itu lebih besar dan tumpuan perlu terarah kepada juara-juara yang bertanding.
"Biarpun Kak Lina tiada, kita rasa 'show must go on' kerana bukan tiada dia semuanya kena henti. Jalankan saja. Bukan dia satu-satunya (yang menghidupkan) program ini. Peminat yang suka, tentu ada juga yang tidak suka.
"Mereka ini (peserta bertanding) yang perlu diberi perhatian. Semestinya tiada komen-komen jelik dari juri kepada mereka. Lina Pom Pom moga terus sukses di luar.
"Kita masuk ke rumah orang, kita ikuti peraturan yang ditetapkan. Dia boleh bawa versi dia, tapi yang dua lagi berbeza. Mereka mungkin ada cara lain untuk mengusik.
"Menurut saya sama ada dia kuat mental atau tak? Jangan main perasaan, kamu masuk rumah orang. Yang berdua ini sudah lama," tutur Hetty yang turut mengulas, ia bukan bererti perbuatan Elly jelik tetapi dia perlu mengikut peraturan rumah orang.
Klik untuk gambar besar
"Kalau dia tidak kuat, dia memang habis. Ayuh bangun kita sama-sama 'teamwork'. Tidak ada isu kamu bagus atau sebagainya. Untuk membesarkan GV pada saya," katanya.
Tambah Hetty lagi, selepas selesai program mingguan GV, Elly juga sering menghantar mesej peribadi kepadanya terutama seandainya terdapat gurauan yang dirasakan menyinggung perasaan juri.
"Dia biasanya akan mesej peribadi saya. Kalau ada salah dia akan mohon maaf. Saya pun sama. Kita di program itu sama-sama selesa bergurau tak ada simpan dalam hati.
"Orang pun tahu saya ini kalau cakap apa pun, cuma di mulut saja. Sejujurnya saya okey saja dengan semua hos. Tapi mungkin netizen menganggap hos terlalu ramai," jelasnya.
Terdahulu, awal minggu lalu, Elly yang merupakan pengacara dan selebriti popular itu mengejutkan banyak pihak apabila mengumumkan berundur daripada program GV10 sebagai hos.
Astro dalam satu kenyataan pada hari yang sama turut memaklumkan alasan pengunduran Elly itu disebabkan hal peribadi.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment