16 October 2023

"RAMAI DOA TENGOK SAYA KELUAR" - DATO' AISHAH DIUMUMKAN TERSINGKIR MINGGU KE-4 ALL STARS GEGAR VAGANZA



"Saya rasa ramai juga doa, orang di sana yang dah makbul untuk tengok saya keluar... but anywhere terima kasih kepada my supporters.. I'm quite happy actually, tomorrow I can sleep... Terima kasih semua."
Itulah kata-kata Dato' penyanyi Aishah selepas diumumkan sebagai peserta yang tersingkir untuk minggu keempat All Stars Gegar Vaganza (ASGV @ GV10).

Pada persembahan tersebut, Aishah telah berduet dengan bekas juara Akademi Fantasia musim pertama (AF1) iaitu Vince dengan menyampaikan lagu 'Telanjur Cinta'.

Klik untuk gambar besar
Sementara itu, peserta Noryn Aziz berjaya menduduki tempat pertama. Manakala tempat kedua dan ketiga pula dibolot oleh Liza Hanim dan Ayai Illusi.

Apa-apa pun mungkinkah penyingkiran Aishah disebabkan pasangannya yang tidak serasi?

Pendapat anda bagaimana?

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: