15 October 2023

SELESA MEMBUJANG - TONY EUSOFF MAHU TUMPU JAGA IBU



"Saya pun sudah umur begini, sekarang lebih menumpu kepada menjaga ibu saya. Ibu saya pun sudah 76 tahun. Kalau ada masa, setiap bulan akan balik Kuchinglah tengok-tengok dia. Sebab ibu tak nak duduk di sini (Kuala Lumpur).
"Kalau nak cari pasangan, kena fikirkan isu pasangan okay tak dengan keluarga kita, merungsingkan lagi. Buat masa ini, saya nak tumpu kepada apa yang saya ada."

Demikian kata pelakon Tony Eusoff yang mengakui dia sekarang lebih selesa membujang dan banyak menumpukan kepada menjaga ibunya yang menetap di Kuching, Sarawak berbanding mengejar cinta.

Klik untuk gambar besar
Selain itu, Tony atau nama sebenarnya Anthony Joseph anak Hermas Rajiman, 46, menjelaskan, dia enggan serabutkan fikiran memikir ada pasangan hidup dan mendirikan rumah tangga.

Dalam pada itu, Tony berkata, dia sedia berkahwin andai kata jodohnya dipermudahkan, namun secara jujur, dia mengakui tak kahwin sebab rasa diri tak cukup mampu menyediakan kehidupan baik jika mempunyai cahaya mata.

"Saya tak mampu beri kehidupan yang saya nak kepada anak-anak saya. Sekarang anak-anak begitu mahal. Fikir-fikir sampai serabut, baik tak payah kejar.
"Kalau jadi, jadilah," ujar Tony yang memberitahu, dia rasa beruntung kerana keluarganya bukan jenis memaksa dan baginya kebahagiaan tidak tertakluk kepada perkahwinan semata-mata.

"Mustahil 100 peratus manusia dalam dunia akan kahwin. Kalau dapat kahwin, untung dan syukurlah. Bagi yang belum, teruskan usaha. Tapi haruskah itu menjadi tujuan mutlak utama hidup kita?

"Banyak lagi perkara lain boleh kita capai. Asalkan bahagia, disayangi keluarga, kawan-kawan sekeliling ada untuk tempat bersandar," tuturnya.



         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: