23 October 2023

'P£RLI' PENGACARA LAIN, BANDINGKAN FAMILI DUO 3 DENGAN PROGRAM HIBURAN LAIN - JANNA NICK MOHON MAAF, HANYA IKUT SKRIP



"Kak Lina ada menelefon saya... Kami berbual, tak ada isu. Sebagai rakan artis hubungan kami semuanya baik-baik saja. Saya dengan abang Nabil pun semua okay tak ada masalah.
"Sekiranya, ada pihak yang terasa dengan apa yang saya perkatakan di pentas itu, saya mohon maaf," kata pelakon dan pengacara, Janna Nick yang tampil memohon maaf jika ada pihak yang terguris hati dengan apa yang diperkatakannya di pentas program realiti, Famili Duo musim ketiga (FD3) minggu lalu.

Janna atau nama sebenarnya, Nurul Janna Muner, 28, berkata demikian bagi mengulas kecaman dari netizen yang mendakwa dia memetik serta membandingkan program realiti, FD3 dengan program hiburan lain pada minggu lalu.

Dalam pada itu, Janna memberitahu, rakan selebriti iaitu Elly Mazlein ada menghubunginya susulan dakwaan 'mem£rli', selain menjelaskan, tiada isu antara mereka serta semuanya baik-baik saja.

Klik untuk gambar besar
Kata Janna, mereka yang terbabit dalam industri hiburan lebih mengenali antara satu sama lain tapi pada pandangan orang luar mungkin apa yang dilakukannya itu agak sensitif.

Tambahnya lagi, apa yang dilakukannya di pentas berdasarkan skrip dan permintaan penerbit untuk merancakkan lagi pentas FD3.

"Sebenarnya apa yang saya buat itu memang ada dalam skrip tapi bila saya bercakap secara spontan di pentas, saya 'tambah rasa' sikit lah.

"Pada pandangan saya okay sahaja sebab rancangan di sebelah sana buat dulu (bahan-membahan)," ujar Janna ketika ditemui pada sidang media, malam tadi.
Bagaimanapun, kata Janna, secara peribadi dia dan penerbit FD3 tiada sebarang isu dengan mana-mana pihak atau program hiburan lain.

"Sebagai pengacara, saya hanya melakukan apa yang diminta oleh pihak produksi dan akan sentiasa cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik.

"Saya juga berpegang pada prinsip untuk mendengar nasihat dan pandangan daripada penerbit kerana itu tanggungjawab kita bila bekerja bersama mereka," tuturnya yang juga berkata, dia hanya buat kerja dengan jujur dan ikhlas seperti diamanahkan.

"Jika penerbit minta saya untuk 'bak@r line', kita akan buat. Kalau penerbit nak kita 'tone down' dan baik sedikit pada minggu itu jadi kita akan buat seperti diminta," jelasnya yang bergandingan bersama penyanyi, pelakon dan pengacara, Izzue Islam bagi mengacarakan program realiti, FD3 setiap Ahad, jam 9 malam di TV3.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: