"Syukur atas kurniaan Allah SWT, isteri saya selamat melahirkan bayi jam 10.20 pagi. Alhamdulillah," itulah kata penyanyi dan pengacara, Aril Pilus yang berkongsi berita gembira, dimana dia memaklumkan isterinya, Puteri Erma Edlinda selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka, pagi tadi.
Dalam pada itu, Aril menerusi Insta Story pula, dia memaklumkan mengenai keadaan isterinya yang telah pun stabil dan kini berada di unit rawatan rapi (ICU) selepas menjalani pembedahan kali kedua bagi membuang ketumbuhan (fibroid) yang melekat di bahagian servik dan rahim.
"Alhamdulillah, pembedahan telah selesai, kini isteri saya ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) untuk monitor keadaan, setakat ini keadaan isteri saya stabil, walaupun kehilangan banyak darah waktu pembedahan...
Klik untuk gambar besar
"Untuk pengetahuan semua, isteri saya mempunyai 3 ketul fibroid dan 1 yg paling mengganggu pengecutan rahim selepas proses bersalin adalah di bahagian rahim, oleh sebab itu, pendarahan tidak berhenti dan akhirnya DR membuat keputusan untuk membuang rahim..
Insya-Allah semoga semuanya berjalan lancar dan doakan supaya isteri saya recover secepat mungkin.. thank you 🙏," tulis Aril yang bagaimanapun tidak dapat berkongsi lebih lanjut mengenai kelahiran bayinya kerana sedang berada di hospital dan menemani isterinya berjuang dari luar ruang pembedahan.
"Apa-apa, saya akan kongsikan nanti," tutur Aril yang mendirikan rumah tangga dengan Puteri pada 20 Disember 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Tun Adriel Mikael, 8.
Sebelum ini, pasangan itu pernah berkongsi mengenai fibroid yang dialami Puteri, yang dikesan sejak dua tahun lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment