04 October 2023

PROFIL GAMBAR DI IG - NELYDIA SENROSE TUKAR TANPA TUDUNG?



Menerusi laporan Harian Metro, gambar profil Instagram milik Nelydia Senrose didakwa telah ditukar, dimana ia memaparkan gambar pelakon itu tanpa memakai tudung.
Dalam gambar itu, Nelydia yang sebelum ini didakwa bertudung, memakai busana warna gelap dan duduk di katil tanpa memakai tudung.

Harian Metro cuba menghubungi Nelydia untuk mendapatkan komen mengenai perkara itu. Bagaimanapun, nombor telefon yang dihubungi itu dikatakan kononnya bukan milik pelakon berkenaan.

Klik untuk gambar besar
Individu yang menjawab panggilan tersebut mendakwa dia bukan Nelydia. Dalam percakapan itu, individu berkenaan menggunakan Bahasa Melayu dengan slang Cina.

Sementara itu, Nelydia dilihat tidak memuat naik hantaran terbaharu di Instagramnya, selain hantaran terakhir pada sembilan minggu lalu.
Dalam hantaran terakhir itu juga, ada beberapa komen netizen yang meminta agar adik kepada pelakon Uqasha Senrose ini menguatkan hatinya agar terus bertudung.

"Pakai tudung ya sayang. Awak cantik dengan bertudung," tulis salah seorang netizen.

Sebelum ini, Nelydia beberapa kali tampil bertudung dan tanpa bertudung di khalayak terutamanya, saat bercuti di luar negara.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: