01 October 2023

SELAMAT BERSALIN ANAK SULUNG - SYIFA MELVIN & SUAMI PILIH NAMA 'SAIF SULAIMAN'



Adik kepada pelakon Syatilla Melvin iaitu Syifa Melvin telah pun selamat melahirkan anak sulung yang merupakan bayi lelaki di sebuah hospital swasta di Johor Bahru petang semalam.
Berita gembira tersebut dikongsikan oleh suami Syifa, pemain bola pasukan Johor Darul Ta'zim iaitu Safawi Rasid.

Dalam masa sama, Safawi turut mengumumkan nama anak sulung mereka dimana pasangan ini sepakat memberi nama 'Saif Sulaiman'.

Klik untuk gambar besar
"MasyaAllah, Tabarakallah.. Saif Sulaiman Muhammad Safawi selamat dilahirkan pada 30 September 2023, pukul 5.28 petang," tulisnya.

Sementara itu, Syifa dilihat ada memuat naik perkongsian di Insta Story, dimana dia meluahkan rasa syukur di atas kelahiran anak sulungnya itu.

Untuk makluman, Syifa dan Safawi mendirikan rumah tangga pada 29 November tahun lalu di Kuala Lumpur dalam sebuah majlis tertutup.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: