01 October 2023

SHILA AMZAH : "SEMUA YANG TERJADI INI ASBAB SAJALAH... KAMI TIADA NAK SEBELAHKAN SIAPA-SIAPA"



"Apa yang terjadi dalam keluarga, mama dan bapa khususnya, itu hal merekalah untuk selesaikan. Sebab kami memang sebagai anak-anak nak keluarga kami 'happy'. Secara individu pun mereka 'happy', itu saja.
"Kalau perasaan saya dan adik, Syahir memang tak pernah keluarkan kenyataan dan sebagainya. Saya yakin lambat laun, perkara itu akan pulih atau habis dengan sendirinya. Tak perlu kami nak tambah lagi. Lagipun kami nak tenang.

"Kami nak jalani kehidupan sendiri. Apa yang membabitkan hubungan mereka berdua, kami memang tak letakkan sebagai hal keutamaan yang kami kena fikirkan."

Itulah jawab penyanyi Shila Amzah yang enggan masuk campur serta tidak terkesan pun dengan urusan perceraian ibu bapanya, Datuk ND Lala, 62, dan Fauziah Sarman, 55, yang cukup kontroversi baru-baru ini.

Ini kerana kata Shila atau nama sebenarnya, Nur Shahila Amzah, 33, hal itu bukan keutamaan untuk difikirkannya, apalagi mahu menyebelahi mana-mana pihak.

Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, jika mereka memberi keutamaan terhadap perkara tersebut, dia merasakan mereka kelak yang kusut fikiran dan tak boleh 'move on' dengan kehidupan sendiri.

"Lagipun jodoh dan ajal pertemuan semua itu, datang daripada Tuhan. Jadi, siapa kita sebagai anak yang sudah dewasa? Ibu bapa pun sudah buat keputusan, itulah yang sebaiknya untuk mereka.

"Kami memang tak kisah, nak bersama, tak nak, sudah. Lantaklah. Hubungan kami berdua dengan ibu bapa neutral. Kami tiada nak sebelahkan siapa-siapa. Semua yang terjadi ini asbab sajalah.

"Kalau kami masih kecil mungkinlah kan. Ini anak-anak semua sudah besar. Yang bongsu pun sudah 25 tahun. Memang untuk saya tak terkesan langsung. Macam saya, Alhamdulillah ada sokongan daripada suami," kata penyanyi lagu 'Patah Seribu' itu.

Terdahulu, ibu Shila mengesahkan akhirnya bercerai dengan ND Lala pada 5 September lalu. Tidak lama kemudian, ND Lala pula tampil menjelaskan sudah bernikah dengan Siti Munirah Abdul Ghani.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: