27 November 2023

2 DISEMBER INI - BUNGA CITRA LESTARI BAKAL NIKAH KALI KEDUA DENGAN AHLI PERNIAGAAN



Semua sedia maklum, penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari telah kehilangan suaminya yang berasal dari Malaysia, pelakon Allahyarham Ashraf Sinclair yang meninggal dunia pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung.
Terkini, Bunga dikhabarkan bakal bernikah buat kali kedua dengan pilihan hatinya yang merupakan ahli perniagaan, Tiko Aryawardhana pada 2 Disember ini, selepas hampir tiga tahun bergelar ibu tunggal.

Menerusi sumber terdekat Bunga atau mesra disapa BCL, mengesahkan majlis pernikahan pasangan itu bakal berlangsung di sebuah hotel mewah di Bali.

Klik untuk gambar besar
"Memang benar BCL akan bernikah pada 2 Disember ini dan majlis akan diadakan di sebuah hotel mewah di Bali.

"Majlis perkahwinannya sangat eksklusif kerana difahamkan jumlah tetamu yang diundang tak ramai iaitu kurang 100 orang," kata sumber tersebut.

Sementara itu, desas-desus majlis pernikahan BCL dan pasangannya ini turut disahkan ketua tempat tinggal selebriti Indonesia berkenaan di Pejaten Barat, Asep Ahmad Umar.
Menurutnya, BCL sudah menyerahkan dokumen berkaitan urusan pernikahan dengan jejaka yang bertugas di sebuah bank antarabangsa itu.

Bagaimanapun, tidak dikongsikan butiran lanjut mengenai tarikh ataupun lokasi majlis pernikahan pasangan itu. Malah, BCL juga belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai dakwaan tersebut.

Untuk makluman, BCL pernah mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Ashraf Sinclair pada 8 November 2008 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Noah Aidan yang dilahirkan pada 22 September 2010.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: