27 November 2023

TERSINGKIR MINGGU KE-10 ALL STARS GEGAR VAGANZA - HASRAT ALIFF AZIZ KE SEPARUH AKHIR TAK KESAMPAIAN



Hasrat penyanyi Aliff Aziz ke peringkat separuh akhir All Stars Gegar Vaganza (ASGV @ GV10) nampaknya tidak kesampaian apabila namanya diumumkan sebagai peserta yang tersingkir pada minggu ke-10 (suku akhir) All Stars Gegar Vaganza (ASGV @ GV10).
Menerusi persembahan tersebut, Aliff telah menyampaikan dua buah lagu iaitu Gambus Jodoh (Tan Sri P. Ramlee) dan Cindai (Datuk Seri Siti Nurhaliza).

Sementara itu, Naqiu telah dinobatkan sebagai peserta yang menduduki tempat pertama apabila meraih markah tertinggi, menerusi lagu 'Bol Radha Bol (Mukesh) dan 'Ala Emak Kawinkan Aku' (Zainorin Md Dom).

Klik untuk gambar besar
Manakala tempat kedua pula dibolot oleh Hady Mirza dimana penyanyi yang berasal Singapura itu menyanyikan lagu 'Mak Siti' (Blues Gang) dan Orak Arek (Datuk Zainal Abidin).

Bagi tempat ketiga diperolehi Jaclyn Victor yang mendendangkan lagu 'Last Ketchup Song / Asereje (Last Ketchup) dan Conga (Gloria Estefan, Miami Sound Machine).

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: