27 November 2023

SUDAH SELESAI - SHUIB KATA ISU KWSP UMPAMA 'WAKE UP CALL' & SATU PENGAJARAN



"Ini satu tembakan, tetapi saya ambil positif. Kalau tak dicuit mungkin saya tak sedar. Isu KWSP ini umpama 'wake up call' dan satu pengajaran, tetapi dalam masa sama, saya sangat komited dan positif.
"Maksudnya, segala permasalahan mengenai KWSP sudah selesai, pekerja sudah dapat memo dan kiriman e-mail, selain sedia maklum mengenai status pembayaran KWSP.

"Saya sendiri sudah berhubung dengan KWSP untuk pembayaran secara ansurans," ujar pelawak dan usahawan Shuib yang berkata isu caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melibatkan pekerjanya sudah pun selesai.

Jelas Shuib, dia sudah pun berhubung dengan KWSP bagi pembayaran secara ansuran dan semua pekerja sudah dimaklumkan mengenai perkara itu.

Dalam pada itu, bapa kepada empat cahaya mata ini turut memberitahu, dia tidak bercadang untuk mengambil tindakan terhadap individu yang menularkan isu berkenaan, namun mahu bertemu untuk selesaikan secara baik.

"Sebenarnya, saya sedang mencari tetapi bukan untuk cari salah. Saya hendak bersua dan berdepan untuk selesaikan dengan cara baik.

"Kalau individu ini tiada urusan dengan syarikat saya, janganlah mengadakan cerita tidak baik. Sekiranya ada masalah cerita dengan saya.

"Saya akan bertanggungjawab. Saya ada ramai pekerja, tetapi disebabkan dua, tiga orang buatkan orang lain tidak yakin. Untuk ambil tindakan saman, tidak kerana saya anggap ini adalah teguran berhemah serta bermanfaat," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: