27 November 2023

ATIKAH SUHAIME NAFI BERNIKAH, TAPI PERGI KURSUS KAHWIN



Pelakon Atikah Suhaime baru-baru ini ada memuat naik gambar dia bersama kekasihnya, Datuk Lokman Teh, menerusi Instagram dengan keterangan gambar, 'Baby @lokmantea', selain menyertakan emoji hati pada hantaran itu.
Melihat pada gambar tersebut, Atikah memakai tudung putih dan berbaju kurung biru muda berada di samping Lokman berlatar belakang masjid berkenaan.

Perkongsian Atikah telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pengikutnya dimana rata-ratanya menyangka pelakon Singapura itu sudah melangsungkan pernikahan dengan Lokman.

Atikah turut menerima ucapan tahniah daripada rakan-rakan dan pengikut Instagram, namun tidak memberikan sebarang tindak balas terhadap mereka.

Terkini, Atikah tampil menafikan dakwaan dia sudah melangsungkan pernikahan dengan kekasihnya itu, sebaliknya berkata, mereka hanya menghadiri kursus kahwin.

"Itu gambar kami hadir kursus perkahwinan di Masjid Wilayah Persekutuan, hari ini. Terima kasih kepada semua pengikut dan rakan-rakan kerana mendoakan kami.

"Insya-Allah kami rancang untuk nikah pada Januari tahun depan," jelas Atikah yang turut mendedahkan, dia dan kekasihnya itu juga sudah melangsungkan pertunangan dua bulan lalu.

Terdahulu, pada September 2020, pasangan ini bercuti bersama ke Langkawi. Foto dan video percutian mewah ini mendapat perhatian netizen sehingga rata-rata bertanya bila dia akan menamatkan zaman bujang.

Atikah tidak mendiamkan diri, malah menjawab pertanyaan itu : "Nak kahwin, (tapi) wali semua di Singapura. Kena tunggu MCO (Perintah Kawalan Pergerakan) di Singapura tamat. Ke ada cara FaceTime?" tuturnya.

Menerusi foto dan video percutian tersebut, Atikah bukan saja bersama kekasihnya, malah bersama rakan-rakannya yang lain.

Dalam pada itu, Atikah juga pernah memberitahu media sebelum ini yang dia mungkin akan mengakhiri zaman solo dengan kekasihnya selepas pandemik C0V1D berakhir.

Untuk makluman, Atikah pernah mengikat tali pertunangan dengan penyanyi senegaranya, Awie Rafael, sebelum hubungan itu putus pada 14 Mac 2019 iaitu tiga hari sebelum sepatutnya mereka diijabkabulkan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: