27 November 2023

KEGAGALAN KE PENTAS AKHIR FAMILI DUO 3 DIKATAKAN KIF@RAH - SHILA AMZAH AKUI TAK AMBIL KISAH TANGGAPAN NETIZEN



"Manusia-manusia bukan Tuhan. Untuk mereka nak cakap benda ini, mereka tak lalui apa yang berlaku. Seperti yang saya cakap sebelum ini, apa yang kami tonjolkan di media sosial ialah apa yang orang-orang tahu.
"Mungkin cuma 30 peratus dari apa sebenar yang terjadi. Kalau nak kata kif@rah atau apa saja, baik, burvk semua datang daripada Allah. Apa yang burvk, datang daripada kita sebagai hambanya."

Demikian ujar penyanyi Shila Amzah yang berkata, dia tidak ambil kisah dengan kata-kata netizen yang menganggap kegagalannya ke pentas akhir Famili Duo 3 disebabkan kif@rah ke atasnya.

Ia berikutan kontroversi yang tercetus membabitkan keluarga Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah iaitu ibu dan adik-beradiknya sebelum ini.

Klik untuk gambar besar
Menurut anak kepada pelakon dan penyanyi era 1980-an, Datuk ND Lala itu, dia tidak peduli orang cakap begitu kerana mereka bukan berada di tempatnya.

"Kita kena terima dan normalisasikan bahawa setiap keluarga berbeza cara didikan dan pembawakan masing-masing. Saya rasa orang-orang sebegini perlu didik hati untuk lebih menghormati.

"Mungkin tak terkena pada dia tapi kena pada orang sekeliling dia, pada anak dia. Allah Maha Mendengar. Kita kena jaga lisan.
"Apapun yang berlaku, saya dalam ucapan saya, saya berterima kasih juga kepada mak ayah. Kalau mereka tiada kita pun tiada," tuturnya.

Sementara itu, adik Shila iaitu Syahir berkata, dia menjadi perantara menyampaikan sokongan keluarga kepada kakaknya.

"Mereka sokong melalui saya dan sering hubungi saya dan saya sampaikan pada Shila," kata Syahir.
Dalam pada itu, Shila mengakui sudah menjangkakan penyingkiran ini ketika ditanya perasaan apabila diumumkan tersingkir.

"Pada kami program ini seperti 'roller coaster'. Kejap begini, kejap begitu. Dari minggu ketiga, kami akhirnya faham kami macam mana. Jadi kami tak anggap macam pertandingan dan anggap macam 'show'.

"Bermula minggu keempat tema dangdut kami mula fikir kita buat 'show' dan kena 'enjoy' tanpa perlu fikirkan 'rating', komen mahupun markah. Asalkan kami berdua dapat serasi. Kita tak nak bazir masa yang kita ada," katanya.

Pada Konsert Separuh Akhir Famili Duo 3 yang berlangsung malam tadi, Shila dan Syahir menduduki tempat kelima dengan mengutip 310.7 markah.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: