27 November 2023

SELAMAT BERNIKAH - AMYLEA PILIH ANGGOTA BOMBA SINGAPURA SEBAGAI SUAMI



Bekas peserta Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) iaitu penyanyi dan komposer Amylea Azizan, 37, dikhabarkan telah pun selamat bernikah dengan pegawai bomba dari Singapura, Mohammad Aqbar Mohamad, 40.
Menerusi satu kenyataan media, Amylea dan Aqbar disatukan dalam majlis akad nikah di rumah keluarga Amylea di Sungai Petani, Kedah. Bagaimanapun, tarikh pernikahan pasangan itu tidak didedahkan.

Dalam majlis yang diadakan secara tertutup, Amylea telah menerima mas kahwin senaskhah al-Quran, telekung dan hantaran bernilai RM8,888.

Bagi majlis resepsi Amylea dan suaminya itu difahamkan bakal berlangsung pada 27 Januari tahun depan.

Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Amylea meluahkan rasa syukur apabila dia kini sudah bergelar isteri dan tidak sangka perkenalan dengan suami dalam tempoh singkat membawa ke jenjang pelamin.

"Sebenarnya, saya belum bersedia mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat. Namun, kuasa Allah mengatasi segala-galanya.

"Perkenalan saya dengan suami bermula dalam media sosial sejak beberapa bulan lalu. Bila selesa berkawan, suami terus melamar saya.
"Suami buat keputusan selepas mendapat petanda baik daripada solat istikharah dan terus berjumpa keluarga saya," tutur Amylea yang terpaksa akur apabila melalui kehidupan jarak jauh kerana tugas suaminya itu sebagai pegawai bomba di Singapura.

"Amylea faham situasi ini dan kami sedang mencari jalan bagaimana boleh hidup sebumbung seperti pasangan lain.

"Perkara ini berlaku terlalu pantas. Saya juga tidak sangka perkenalan singkat diakhiri dengan penyatuan cinta yang indah," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: