27 November 2023

KOMEN DI FAMILI DUO 3 - MAS IDAYU AKUI TIDAK BERNIAT MENJ@TUHKAN AIR MUKA, SEBALIKNYA BAIKI KUALITI PERSEMBAHAN



"Komen diberikan saya ketika mengadili peserta dalam program ini adalah berdasarkan pengalaman saya sepanjang bergelar penggiat muzik tanah air.
"Ia sama sekali tidak berniat untuk menj@tuhkan air muka peserta. Dengan pengalaman yang ada, saya kongsi dengan adik-adik (peserta) di atas pentas.

"Kadang-kadang kalau saya tegur atau m@rah, sebenarnya saya sudah melalui perkara itu lebih dari 30 tahun (dalam industri muzik)."

Klik untuk gambar besar
Itulah jelas penyanyi Mas Idayu yang juga juri Famili Duo 3, dimana dia memaklumkan, komennya terhadap peserta program tersebut bertujuan memperbaiki kualiti persembahan mereka dan bukan untuk menj@tuhkan air muka.

Menurut Mas Idayu lagi, dia mahu berkongsi pengalaman yang mungkin peserta itu tidak pernah lalui serta pengalaman yang bagus, bukannya yang buruk untuk dijadikan panduan oleh mereka.
Dalam pada itu, Mas Idayu akui, dia menyedari kritikan netizen yang menganggapnya tidak mampu menyanyi dengan bagus tetapi mahu mengadili peserta lain.

"Ada yang kata peserta yang bertanding menyanyi lagi bagus, saya akui perkara ini. Kalau ada orang cakap, juri bukannya bagus sangat menyanyi, jawapan saya adalah suara atau vokal ini seperti usia.
"Tak kiralah seseorang itu penyanyi popular dari negara mana sekalipun, kalau sudah lanjut usia, suara takkan sama seperti waktu muda dulu.

"Jangan kata menyanyi, bercakap pun akan jadi tak jelas kalau sudah tua. Jadi, apa yang dikongsikan ketika menjadi juri adalah pengalaman yang dimiliki," ujarnya.
Mas Idayu yang menggalas tugas juri Famili Duo 3 bersama penyanyi dan komposer, Ajai, dalam masa sama turut berharap penonton boleh memahami tugasan mereka itu.

"Kami tetap akan memberikan komen kepada peserta final nanti. Tapi ia berbentuk pandangan atas persembahan semasa mereka," kata penyanyi yang terkenal dengan genre dangdut ini.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: