29 November 2023

ALAMI 'ANXI£TY' - ELIZABETH TAN DEDAH SUDAH BEBERAPA TAHUN BERJUMPA PAKAR PSIKI@TRI



"Sebenarnya saya berehat daripada nyanyian sebab masalah itu (anxi£ty) timbul bila kena menyanyi atas pentas. Empat ke lima tahun saya tak ambil mana-mana tawaran persembahan.
"Saya berjumpa pakar psikiatri dan ia sangat teruk pada saya. Saya fikir saya terlalu banyak bebankan diri sendiri dengan tekanan. Saya cuma mahu tenang dan enggan ambil serius mengenai diri sangat.

"Sekali-sekala saya berjumpa balik dengan pakar psikatri. Saya sebenarnya ada mengambil ubat. Bila ubat habis, saya datang balik."

Demikian kata penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan, 30, atau mesra disapa Lizzy, dimana dia mendedahkan dirinya sudah beberapa tahun berjumpa pakar psikiatri disebabkan penyakit keresahan atau 'anxi£ty' dialaminya.

Klik untuk gambar besar
Jelas penyanyi yang popular dengan lagu 'Knock Knock' ini, dia memutuskan untuk berehat daripada menyanyi dan menolak tawaran persembahan pentas disebabkan penyakit itu juga.

Meskipun begitu, Lizzy berkata, sekarang dia sudah bersedia untuk kembali membuat persembahan semula selepas berehat, selain turut berharap orang masih mahu melihat dia menyanyi.

"Saya nak buat menyanyi semula untuk kembali bersama peminat. Menyanyi adalah platform untuk berjumpa dengan ramai orang. Saya cuma nak kembali berseronok atas pentas.
"Dulu saya tertekan sangat. Saya kena capai setiap nota (nyanyian) tak boleh nak sumbang langsung. Terlalu teknikal dan saya masih rasa (tekanan). Mungkin itulah buatkan saya 'down' sebab kecewa dengan diri sendiri," tuturnya.

Tambahnya lagi, dia yang lebih fokus berlakon beberapa tahun kebelakangan ini dan masih perlu jayakan beberapa tawaran lakonan itu juga berazam kembali aktif melancarkan lagu bermula tahun depan.

"Tahun ini ada satu filem dan dua siri. Tapi tahun depan perancangannya memang fokus kepada (melancarkan) lagu. Setakat ini, ada tiga lagu (baharu), dua Melayu dan satu Inggeris.
"Harap-harap kami dapat lancarkannya pada Januari, April, dan Julai (tahun depan)," jelasnya yang sebelum ini pernah menyuarakan hasrat ingin menimang cahaya mata tahun ini.

Isteri kepada doktor pelatih iaitu Siew Jim, 32, itu juga akui masih berharap ada rezeki dapatkan zuriat.

"Kami mungkin akan cuba lagi dalam masa terdekat. Saya belum hamil. Kalau dapat, dapat. Saya tidak mencuba secara aktif, tapi tidak juga mencegah," ujarnya.

Untuk makluman, Lizzy mendirikan rumah tangga dengan Siew Jim pada 21 Mac 2021 dalam satu majlis yang diadakan secara kecil-kecilan, dimana ia dihadiri keluarga dan kenalan rapat bagi mematuhi pros£dur op£rasi st@ndard (S0P) pand£mik C0V1D ketika itu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: