28 November 2023

"TOLONG JANGAN BABITKAN SAYA" - ALYAH KENA T£MPIAS, INDIVIDU LUAH RASA TAK PU@S HATI DENGAN KOMEN TOK RAM



"Tolong jangan babitkan saya. Awak tahukan Instagram Tok Ram, DM saja terus (sebab) saya kat rumah tak kac@u orang pun. Aduh penat macam ni," kata penyanyi Datin Alyah menerusi perkongsian di Instagram Story.
Alyah berkata demikian selepas dia menerima kiriman mesej langsung (DM) daripada individu yang t@ksub sehingga mempersoalkan komen yang diberikan suaminya, Datuk Ramli MS yang juga juri All Star Gegar Vaganza (ASGV) terhadap peserta program berkenaan terutama penyanyi Aliff Aziz.

Tambah Alyah, segelintir peminatyang t@ksub harus faham bahawa urusan tugasan Ramli MS atau lebih mesra disapa Tok Ram, sebagai juri langsung tiada kaitan dengan dirinya.

Klik untuk gambar besar
Memuat naik tangkap layar individu yang meluahkan perasaan itu kepadanya, Alyah turut memberi amaran tidak akan teragak-agak mendedahkan setiap mesej membabitkan isu sama andai ada yang masih berdegil.

Dalam pada itu, penyanyi lagu 'Kisah Hati' itu juga berharap individu yang mengh@mburkan kemar@han terhadap dirinya agar bersikap matang dan berfikir panjang sebelum mengambil sebarang tindakan.

"Siapa-siapa DM saya hal ASGV yang tak pu@s hati ke apa ke, saya memang akan paparkan di Instagram Story saya sebab saya tak campur pasal ASGV. Memang Tok Ram suami saya tapi kami bukan kembar siam ya.
"Tak adalah semua benda saya nak kena ambil tahu. ASGV pun saya jarang pergi. Tolonglah matang sikit. Ada yang lebih penting lagi daripada hal begini. Pal£stin perlu doa dan sumbangan kita, bukan kerja nak bertel@gah saja. Sudah-sudahlah ya," tulisnya.

Pada minggu suku akhir ASGV Ahad lalu, menyaksikan Aliff Aziz diumumkan sebagai peserta yang seterusnya tersingkir.

Persembahan Aliff menerima teguran daripada Tok Ram, dimana beliau berkata, suami kepada penyanyi dan pelakon Bella Astillah itu seperti hilang fokus, selain kualiti nyanyiannya juga kurang memuaskan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: