28 November 2023
"SEKARANG LELAKI... INSYA-ALLAH, DOALAH INI ANAK PEREMPUAN UNTUK DIA (ISTERI)" - AWIE
"Kasihanlah pada isteri dan anak-anak. Ini saya fikir-fikir, Allah bagi saya cabaran ini untuk saya jaga kesihatan elok-elok supaya dapat membesarkan anak-anak dengan sihat dan baik. Kalau tidak macam aniaya isteri.
"Orang ingat saya dapat cucu, rupa-rupanya dapat anak. Saya cuma reda. Lagipun ini isteri saya yang baru (ketiga). Dia pun baru ada seorang anak dan dia pun nak anak.
"Dia pun beritahu dengan anak-anak yang lain nak seorang lagi, mungkin dapat 'pair' perempuan pula kerana yang sekarang lelaki.
"Insya-Allah, doalah ini anak perempuan untuk dia (isteri). Kalau nak dikatakan anak-anak saya yang besar boleh bantu jaga pun tak juga kerana seorang dah di luar negara.
"Seorang lagi nanti pun akan ke luar negara juga. Tinggallah saya dan anak-anak kecil. Dua lelaki dah duduk luar (asrama). Tinggallah saya dengan yang kecil. Lagi dua tinggal dengan ibunya.
"Saya kalau tiada kerja akan bantu isteri. Tapi kalau ada persembahan saya kena tidur cukup-cukup. Misalnya kalau ada latihan untuk konsert, saya akan tidur berasingan".
Klik untuk gambar besar
Demikian ujar penyanyi dan pelakon Datuk Awie, 55, yang menganggap dikurniakan anak pada usia lanjut satu cabaran buatnya agar kekal menjaga kesihatan.
Awie yang bakal menimang anak ketujuh itu berkata, tidak patut baginya atau sesiapa saja yang seusianya akan mendapat anak tetapi selepas itu jatuh sakit.
Tambah Awie yang juga penyanyi Wings itu, dia meminta isterinya, Sharifah Ladyana, 36, berusaha merealisasikan impiannya ini.
Dalam pada itu, Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, memberitahu, dia kini lebih prihatin terhadap anak berbanding dulu, seiring dengan pertambahan usia.
"Dulu muda lagi dan saya tak nampak. Kadang-kadang buat perkara bukan-bukan. Benda yang tak sepatutnya kita keluar pun kita keluar kononnya ada kerja, walhal tak perlu pun. Tapi sekarang kalau tak tengok anak, tak boleh.
"Kadang-kadang berpisah tiga empat hari pun boleh meleleh air mata. Saya lebih fokus. Dulu keluar sebulan pergi penggambaran boleh buat bodoh saja. Macam tiada anak. Itu beza umur," tutur Awie yang baru-baru ini teruja mengumumkan kehamilan isterinya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment