18 November 2023

BERHASRAT SAMBUNG PENGAJIAN LAGI - FATHIA LATIFF MAHU KEJAR CITA-CITA BERGELAR PEGUAM



"Alhamdulillah walaupun jauh dari dunia glamor, tapi saya sangat meminati kerjaya dalam perundangan. Insya-Allah, saya berhasrat untuk menyambung pengajian lagi dan bercita-cita untuk bergelar peguam satu hari nanti,"
Itulah ujar pelakon, Fathia Latiff atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff, 36, yang berhasrat menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi pula selepas ini, dalam misi mengejar impian menjadi peguam.

Dalam pada itu, Fathia memberitahu, dia semakin seronok menjalani kerjaya sebagai pentadbir undang-undang di sebuah firma guaman dan ingin terus menimba pengalaman dalam bidang itu.

Klik untuk gambar besar
Sementara itu, dalam perkembangan lain pula, pelakon drama 'Ariana Rose' itu mengakui, kerjaya seninya buat masa ini agak perlahan, namun tidak menolak seandainya ada tawaran menarik datang padanya.

"Kalau ikutkan memanglah teringin hendak berlakon, tapi buat masa ini tiada lagi tawaran. Kali terakhir saya berlakon adalah untuk telefilem pada bulan Mei lalu. Tahun ini saya hanya dapat dua tawaran saja, satu lagi pada Mac," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: