17 November 2023
BILA VIDEO ARWAH SUHAIMI SAAD DEDAH INA NAIM MELAMAR DULU KEMBALI TULAR : "DIA TAK PANDANG HARTA, DIA MEMANG BETUL IKHLAS..."
Pemergian bekas penyanyi kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad pada 15 November lalu telah mengejutkan industri hiburan tanah air.
Selepas Allahyarham Suhaimi menghadap Ilahi, banyak kisah kebaikan arwah dikongsikan di media sosial.
Malah, video yang memaparkan arwah suami kepada Ina Naim itu menceritakan mengenai kisah cintanya dengan isteri, kembali tular.
Menurut Allahyarham Suhaimi, Ina yang terlebih dahulu jatuh hati kepadanya ketika di awal perkenalan mereka. Jelas arwah lagi, Ina yang melamarnya dahulu, sebelum pergi masuk meminang.
"Kebetulan lepas Ina putus tunang, saya pula putus dengan seorang pelajar universiti. Dah nak kahwin tapi mak dia tak setuju, mak dia tak suka artis.
Klik untuk gambar besar
"Ina berterus terang dengan saya, dia kata 'Ina memang suka dekat abang'. Bukan saya yang melamar Ina, dia yang melamar saya kemudian saya pergi meminang ikut sunnah Nabi S.A.W," katanya.
Melihat pada video dikongsikan semula oleh pengguna di media sosial, Allahyarham Suhaimi berkongsi cerita dimana isterinya itu berkata, dia sukakan penyanyi itu kerana dilihat seorang yang menjaga solat serta pandai mengaji.
"Saya tanya kenapa suka saya? Dia kata sama macam Ina pilih tunang yang pertama dulu, bukan sebab harta tapi lihat kebaikan yang ada pada saya.
"Pandai solat, mengaji... Saya terus teringat kata Nabi SAW, beruntung seseorang itu jika dia dipilih kerana agama. Kalau dia mahu kekayaan, dia tak akan pilih saya," tambah Allahyarham Suhaimi.
Dalam pada itu, arwah turut menyifatkan isterinya itu seorang yang berani kerana memulakan langkah pertama serta yakin Ina memiliki ciri-ciri wanita solehah
"Dia bukan seorang perempuan materialistik, dia tak pandang harta, dia memang betul ikhlas sebab tu dia berani tanya saya.
"Saya nampak dia pakai stokin maknanya dia sanggup berubah. Daripada pakai seluar jeans tukar pakai kain, daripada pakai tudung singkat tukar pakai tudung labuh," katanya.
Untuk makluman, Allahyarham Suhaimi Saad mendirikan rumah tangga bersama Ina Naim pada 12 Ogos 2007. Pasangan itu dikurniakan empat orang cahaya mata.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment