18 November 2023

SELAMAT BERNIKAH - NABILA RAZALI & NIK IRUWAN KINI SUAMI ISTERI



Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada penyanyi dan pelakon Nabila Razali, 31, yang kini telah pun selamat bergelar isteri kepada pasangannya, ahli perniagaan yang juga bekas pelumba kereta litar Formula iaitu Nik Iruwan Nik Izani, 38, dengan sekali lafaz dalam satu majlis pernikahan pada jam 10.11 pagi, hari ini.
Dalam majlis akad nikah yang bertemakan 'English Garden' ini, Nabila atau nama penuhnya, Nur Nabila Mohd Razali selamat dinikahkan oleh Jurunikah, Ustaz Fawwaz Zarin Che Lah.

Majlis tertutup yang berlangsung di The Chateau Spa & Wellness Resort, Bukit Tinggi, Pahang, itu menyaksikan Nabila menerima mas kahwin sebanyak RM22.50, manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Klik untuk gambar besar
Ditanya mengenai perasaan selepas bergelar isteri Nik Iruwan, Nabila yang juga merupakan bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-10 (AF2013) itu meluahkan rasa syukur kerana majlis dirancang berjalan lancar.

"Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi majlis pernikahan berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada tetamu dan ahli keluarga yang turut menjayakan majlis ini, dan tidak lupa kepada peminat di atas doa serta sokongan yang diberikan kepada Bella dan suami," katanya.
Majlis yang berlangsung secara sederhana itu dihadiri kira-kira 250 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, rakan terdekat, dan juga selebriti. Turut hadir tetamu kenamaan dan rakan-rakan niaga pengantin.

Antara rakan selebriti yang hadir ialah Hawa Rizwana, Amira Othman, Wany Hasrita, Ara Johari, Sissy Iman, Hael Husaini dan ramai lagi

Difahamkan, pasangan pengantin baru itu bakal diraikan dalam satu majlis resepsi bertemakan taman yang berlangsung pada sebelah petang di tempat yang sama.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: