21 November 2023
DIS@MUN PENJEN@YAH - NADIA ANNUAR MASIH TR@UMA
Baru-baru ini, pengacara Nadia Annuar telah menjadi mangsa s@mun dua susp£k bermotosikal, namun anak kepada usahawan terkenal Kak Ton itu meluahkan syukur kerana hanya mengalami keceder@an ringan selepas terkena serpihan kaca cermin tingkap yang dipecahkan ketika kejadian tersebut.
Jelas Nadia atau nama penuhnya, Nadia Shahrul Annuar, 39, pihak polis memaklumkan, berkemungkinan penjen@yah itu sudah mengekorinya dan menunggu peluang sebelum diromp@k di lampu isyarat berhampiran Jalan Imbi di sini, malam semalam.
"Syukur Alhamdulillah saya tidak mengalami keceder@an serius. Cuma calar-calar kecil sahaja. Nasib baik kaca tidak terkena pada mata.
"Mungkin peromp@k itu sudah lama mengekori saya. Bila tiba di lampu isyarat, mereka dengan pantas memecahkan cermin tingkap menggunakan 'spark plug' yang ditemui di dalam kereta.
"Nasihat saya selepas ini, berhati-hatinya ketika memandu dan sentiasa peka. Penjen@yah sekarang tidak mengira tempat dan lokasi. Di tempat yang sesak dan ramai orang pun masih berlaku kejadian romp@kan," katanya yang masih tr@uma dengan kejadian s@mun itu.
Dalam pada itu, Nadia turut menasihati pengguna kereta supaya lebih peka dan berhati-hati supaya tidak meletakkan barangan di tempat duduk penumpang kerana boleh berisiko menjadi mangsa s@mun.
Mengimbas kembali kejadian itu, Nadia memberitahu, dua penjen@yah menunggang motosikal bertindak memecahkan tingkap cermin tempat duduk bahagian hadapan penumpang dan melarikan beg tangan yang diletakkan di atas tempat duduk.
Ketika ditanya mengenai anggaran kerugian yang ditanggung, Nadia menjelaskan, dalam beg miliknya itu tidak mempunyai jumlah wang tunai yang banyak iaitu sekitar RM50 hingga RM150 sahaja, namun dompetnya yang dilarikan bernilai sekitar RM3,000.
Malah, tambah kakak kepada pelakon Harris Annuar itu lagi, kerana terlalu panik dia tidak sempat untuk melihat nombor pendaftaran motosikal yang ditunggang susp£k dan hanya mampu membunyikan hon selepas kejadian tersebut berlaku.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment