Pelakon Nabila Huda baru-baru ini mendedahkan dia telah diug*t oleh seorang individu, dimana anaknya, Keisha Laila akan dic*lik sekiranya pelakon itu masih 'claim' mengenai budaya Indonesia.
"Nabila Huda @abilsuhaimi is the NO. 1 claimer/thi£f of the INDONESIAN CULTURE," tulis individu yang dikenali sebagai @bim_16 ini di platform X.
"Saya akan menc*lik anak awak sekiranya masih 'claim' budaya Indonesia @abilsuhaimi," tambah individu itu lagi.
Nabila atau nama penuhnya, Nabila Huda Suhaimi, 39, yang didakwa mencuri budaya Indonesia itu membuat pendedahan tersebut dalam platform X.
Dalam pada itu, anak kepada penyanyi rock terkenal, Datuk Amy Search ini bertindak meminta bantuan pengikutnya untuk memberi respon terhadap individu terbabit.
Bagaimanapun, usaha ini tidak berjaya berikutan akaun individu terbabit tidak dapat diakses selepas ditetapkan dalam mod privasi.
Rata-rata netizen menyifatkan tindakan individu ini sangat keterlaluan dan menasihatkan Nabila untuk membuat laporan polis demi keselamatan dia dan keluarganya.
"Dah buat laporan polis? Dah ugut anak ini bukan main-main walaupun dia jauh di sana," kata netizen.
Difahamkan, tuduhan mencuri budaya Indonesia itu dibuat individu terbabit berdasarkan perkongsian Nabila yang menggayakan 30 persalinan kebaya lengkap berkain batik lepas dan bersanggul ketika menjalani penggambaran sebuah program di New York, Amerika Syarikat, Julai lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment