21 November 2023

TAMPIL RAMBUT PENDEK - NETIZEN TEGUR SYAMSUL YUSOF NAMPAK KURUS



Semua sedia mengetahui mengenai isu yang melanda rumah tangga pengarah dan pelakon Syamsul Yusof bersama Ira Kazar, dimana baru-baru ini mereka didakwa sudah bercerai.
Namun, setakat ini masih tiada pengesahan lanjut daripada Syamsul atau nama penuhnya, Mohd Syamsul Mohd Yusof, 39.

Bagaimanapun, rakan kepada Ira yang juga isteri kepada pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilam yang tampil menafikan dakwaan tersebut, sebaliknya berkata, Syamsul dan Ira masih bahagia.

Klik untuk gambar besar
Terbaru, menerusi perkongsian video di TikTok @Zarriell, Syamsul yang mengenakan baju hoodie berwarna hitam bersama kain pelekat itu dilihat bergambar bersama dengan seorang kanak-kanak.

Dalam pada itu, Syamsul turut menitipkan pesanan kepada kanak-kanak bernama Zarriell itu agar belajar bersungguh-sungguh serta menjaga ayahnya.
"Ingat makan banyak. Belajar rajin-rajin okay. Jaga ayah okay," kata anak kepada pengarah, penerbit dan pelakon Datuk Yusof Haslam itu.

Apa yang menarik perhatian, penampilan Syamsul yang terkini, dimana dia nampak lebih kemas apabila rambutnya sudah dipotong pendek.
Melihat pada ruangan komen pula, rata-rata netizen mengatakan Syamsul kelihatan kurus dan air mukanya seperti sedang bersedih.

Bukan itu sahaja, malah juga ada yang mendakwa bekas suami kepada pelakon Puteri Sarah Liyana itu sedang berubat.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: