07 November 2023

K0NFLIK DENGAN ANAK PEREMPUAN - NOURUL DEPP ENGGAN KOMEN LANJUT, BIAR MASA MENENTUKAN



"Saya tak nak komen benda ini, tapi tahu ia akan ditanyakan. Bagi saya, ini juga inspirasi (k0nflik dengan anak) kerana sebagai manusia biasa sampai satu tahap dalam kehidupan, kita akan melalui satu perkara sukar, kita dicab@r.
"Tak kiralah siapa yang mencab@r. Dalam kerja ke, keluarga, anak sendiri, tak kisah siapa tapi kita akan dicabar. Kita ada ujian kita. Tapi, saya percaya setiap ujian itu ada sesuatu yang besar Tuhan nak bagi walaupun ia datang daripada anak dan keluarga sendiri."

Demikian ujar penyanyi Nourul Deep, 46, yang enggan komen lanjut dan menyerahkan 100 peratus kepada Allah serta masa yang menentukan berhubung k0nflik yang berlaku antaranya dan anaknya, Ayu Nazirah, 25.

Jelas Nourul atau nama sebenarnya, Noorulhuda Abdul Wahab, dia tidak mahu komen lebih berkaitan perkara membabitkan ibu dan anak itu untuk mengelak cerita semakin berpanjangan.

Klik untuk gambar besar
"Saya tak nak komen lebih pasal itu (k0nflik) sebab saya tak mahu nanti cerita jadi berlarutan. Jadi, untuk itu (hubungan dengan anak) saya serahkan pada masa, saya serahkan 100 peratus pada Allah dan biar masa yang akan menentukan," katanya lagi.

Dalam pada itu, Nourul turut mengakui, dia ada menghubungi Ayu, ketika ditanya sama ada sehingga kini masih lagi berhubung dengan anaknya itu.

"Kalau namanya anak itu, tentulah kami ada (menghubungi), masih lagi tapi hanya sekali sekala saja," jelas penyanyi lagu 'Kerana Terluk@' dan 'Cinta Azali' itu.
Pada September lalu, Nourul berkongsi di media sosial foto dirinya sedang hamil dan menceritakan kronologi sebelum melahirkan Ayu sekitar 25 tahun lalu dan kini seperti terasa h@ti kerana anaknya sudah mempunyai 'ibu baru'.

Perkongsian dibuat itu menerima pelbagai komen netizen yang berbaur sedih dan terharu dengan pengorbanan besar seorang ibu yang sanggup berkorban apa saja termasuk nyawa demi anak tersayang.

"Sekarang baru kami tahu, menjadi ibu itu tak mudah. Happy, sedih, happy, didug@, dis@kiti. Semua perempuan akan merasai rasa ini. Jangan sesekali meny@kiti hati mereka yang berikan kita kehidupan dan pengorbanan," tulisnya.
Untuk makluman, Ayu Nazirah adalah cahaya mata tunggal Nourul bersama bekas suaminya iaitu komposer Ajai yang dinikahnya pada 1996, sebelum sah bercerai pada 2006.

Pada 2012 pula, Nourul telah berkahwin kali kedua dengan lelaki Perancis bernama Eric Daniel Depp dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Zachary, 10, Raphael, 8, dan Isabella 4.

Nourul dan keluarga itu kini menetap di Bali, Indonesia, selepas berpindah dari Malaysia pada September tahun lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: