10 November 2023

LUPAKAN HASRAT TAMBAH ZURIAT - JAMAL ABDILLAH KESIAN ISTERI TAK MENANG TANGAN URUS ANAK-ANAK



"Buat masa ini (tambah zuriat) biar dululah... Bukan apa, saya tak sanggup tengok isteri saya jaga seharian dengan ada pembantu pun tak cukup juga. Bukan mudah untuk menguruskan anak-anak yang masih kecil.
"Tak menang tangan dan kasihan saya melihat orang rumah saya. Jadi saya rasa memang cukuplah, buat masa ini. Saya tak sanggup tengok orang rumah saya."

Itulah kata Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah, 63, yang memberitahu, hasrat untuk menambah cahaya mata terpaksa dilupakan, sebab kasihan dan terharu pengorbanan isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin, 27, mengendalikan empat anak yang masih kecil.

Klik untuk gambar besar
Jelas Jamal atau nama sebenarnya, Jamal Ubaidillah Mohd. Ali, dia bersimpati dengan isterinya itu yang tidak menang tangan menguruskan anak-anak yang sedang lincah membesar.

Ini kerana kata Jamal, memiliki empat cahaya mata sudah mencukupi baginya, selain menjelaskan, isterinya itu dinasihati doktor supaya tidak hamil kerana setiap kelahiran dijalankan secara pembedahan.
Untuk makluman, Jamal mendirikan rumah tangga dengan Zai Izzati pada 1 April 2017. Hasil perkongsian hidup, mereka memiliki tiga cahaya mata, Nur Azura Yamani, 3, El Isaac Yamani, 2, dan Iskandar Rayyan Yamani yang dilahirkan pada 22 Februari tahun lalu.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Jamal memiliki dua cahaya mata iaitu Osama Yamani, 22, dan Ahmad Zaki Yamani, 17.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: